PENGALAMAN & KERJAYA

MUHAMAD FAZIL HJ. AHMAD

Idola: Nabi Muhammad S.A.W

E-mail: islah_project@yahoo.com

3 Ogos 1979

Temerloh, Pahang


Education Background:

Doctorate - PhD. Communication - Branding (UPM) - 2013

Master in Communication - M.A.HSc. (Comm. UIA) - 2006

Bachelor in Comparative Religion and Communication (hons.) (UIA) – 2003


Career Background:

Senior Lecturer DS51 Faculty of Applied Social Sciences - UniSZA

Ahli Jawatankuasa Projek FRGS B-F1 “Branding Index”

Manager Student Activities and Alumni Department.

Manager Graduate Affairs Department, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Tim. Dekan Pusat Bahasa Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Kordinator Fakultas Komunikasi, Universitas Islam Antarabangsa Jakarta

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Pensyarah Technology Park Malaysia College

Penasihat, Kelab Debat dan Komunikasi Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Penasihat, IIC Alumni Association

Pengarah Istiadat Convokesyen 2008-2010, IIC

Penceramah, Motivasi di Eastana Event & Consultancy

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Wilayah KL

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Penceramah, "Program Empower", East Coast Economic Region (ECER)

Penceramah, Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia. ECER Hulu Terengganu

Pengacara Rancangan TV "Chef Halal" (2012)

Jurucakap Produk Kesihatan SayHeart Singapore (2011)

Jurucakap Produk KOFAZ (2009/2010) – All One

Ahli Kumpulan Nasyid All One

Calon bagi Anugerah Industri Muzik Ke-16 - All One

Calon bagi Anugerah Nasyeed.Com - All One


Research Projects:

(1) FRGS Project (BF1) (2010 – 2011) – “Developing a new branding index in corporate communication for an Asian country” (Research Assistant).

(2) Research (2009 -2012) – “Leveraging country's reputation and nation brand index in Bandar Melaka: Potential strategies for developing Malaysian’s city brand index”.

(3) Project (2010): “Measuring Determinant of City Brand for Institutionalizing Strategic Communication: A Study of Malacca City”.

(4) Ph.D Proposal Dissertation (2010): “Measuring Determinants of City Brand: Investigating the Antecedents of Perceived Brand Personality Scale in Bandar Melaka (Bandaraya Bersejarah)

(5) New Research Project (2013 - 2014) – “Identifying the Determinant Attributes of Halal Brands Index (HBI) that Influence the Corporate Marketing Communication (CMC) in Malaysian Market”.

(6) New Research Project (2014) – “The upcoming of innovation: Integrating Technology and Human personality”.


Conferences and Proceedings:

(1) Zakiah, M. Othman, I. & Ahmad, M.F. (2010). “Halal Business Corporate Social Responsibility”. International University Social Responsibility Conference & Exhibition - IUSRCE 2010, PWTC Kuala Lumpur, UTM Skudai, Johor, Malaysia.

(2) Ahmad, M.F. & Abdullah. Z (2011). “Measuring Determinants of City Brand: A Varification Approach in the Corporate Communication Perspective in Malacca City”. MENTION 2011, UKM Bangi. Selangor, Malaysia.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z., Ezhar Tamam & Jusang Bulong (2012). “City Brand: An Application of Brand Personality Scale to Bandar Melaka”. 21st AMIC Annual Conference 2012, Concorde Hotel, Shah Alam, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(4) Ahmad, M.F., (2013). “The Stakeholder Interpretation of City Brand Personality Determinant for Strategic Communication”. Seminar Hasil Peyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi 2013 - Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2 & 3 July 2013 at EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok, Kedah, Malaysia.

(5) Ahmad, M.F., (2013). “The Antecedents of Halal Brand Personality in Malaysian Takaful Industry: A Preliminary Review”. 1st Insurance and Takaful International Symposium. 7th - 8th October 2013 at Puri Pujangga UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

(6) Ahmad, M.F., (2013). “CSR implementation in Islamic Philanthropy: A Preliminary Review of Halal Brand Personality Concept in Malaysian Takaful Industry”. World Universities Islamic Philanthropy Conference 2013. 4th – 5th December 2013 at Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(7) Ahmad, M.F., (2013). “The Issues of Future Innovation: Integrating Technology and Human Personality for Reputation Management”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(8) Ahmad, M.F., (2013). “The Role of Halal Brand Personality Determinant in Malaysian Takaful Industry”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(9) Ahmad, M.F., (2013). Halalan Taiyyban: The Application of Brand Personality in Malaysian Food Industry”. International Conference on Halal Global 2013. 15th – 16th December 2013 at Perdana Hotel, Kota Bharu Kelantan, UiTM Machang, Kelantan, Malaysia.


Publications:

(1) Ahmad, M.F. (2006). Communication Technology and Organizational Performance: An Analysis of The IIUM Community’s Web Sites Usage and Perceptions. Research in Master Thesis IIUM Library. IIUM.

(2) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Determinant Attributes of City Brand Personality That Influence Strategic Communication. Canadian Social Science. Canadian Academy of Oriental and Occidental Culture. Vol. 9 No.2.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). An Application of Brand Personality to City Brand for Strategic Communication. International Journal of Social Science Tomorrow. Society for Promoting International. Vol. 2 No.5.

(4) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Involving Internal Stakeholders in Developing City Brand Personality for Strategic Communication. Asian Social Science. Vol. 9 No.10.


Editorial Board Members:

(1) Editorial Board Members for the Journal of Basic and Applied Scientific Research – [ISI-Thomson] (13th November 2013), International Society Applied Sciences, Cairo, Egypt & United States of America (USA). - Global Impact Factor = 0.432


Invitation to Paper Review:

(1) Reviewer for the Journal of Place Management and Development – [Emerald insight Journal] (10th September 2013), Institute of Place Management, 1 Queen Anne's Gate, Westminster, London.


My Inspiration:

“The comprehensive excellence achievement is balancing of our life journey”

-Fazil, 2009-


“The requirement of comprehensive excellence achieved is balancing of our life journey” -Fazil, 2009-

TEACHING SPECIALIZATION:

1) Public Relations

2) Corporate Communication

3) Advertising

4) Branding & Reputation

5) Crisis Communication

6) Public Opinion & Propaganda

7) Islamic Studies

8) Moral Studies

9) English Language



Convo UIA'08

Friday, December 3, 2010

DEFINISI KOMUNIKASI


DEFINISI KOMUNIKASI
Oleh: Muhamad Fazil Ahmad
“Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu, jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jaga perangaimu”
(Lukmanul Hakim).
Objektif
Bab ini akan mendedahkan Anda dengan:
· Pendefinisan komunikasi secara literal dan kontektual.
· Memahami fungsi-fungsi komunikasi.
· Mendalami proses, elemen atau komponen komunikasi,
· Membezakan di antara model-model komunikasi dan teori-teori yang telah diciptakan oleh sarjana-sarjana komunikasi.
Apa Itu Komunikasi
Menurut Shamsudin (1993) dalam bukunya yang bertajuk Komunikasi Asas, komunikasi ialah istilah pinjaman daripada bahasa lnggeris yang disebut dengan communication. Istilah ini merupakan telah berasal daripada perkataan Latin communicare yang membawa maksud to make common atau mewujudkan persamaan. Terdapat berbagai-bagai takrifan mengenai komunikasi. Menurut International Encyclopedia of Social Science komunikasi adalah penyampaian maklumat melalui satu perutusan yang mempunyai pelbagai atau sedikit makna melalui simbol-simbol yang dialirkan daripada satu individu kepada individu yang lain, daripada seorang anggota kumpulan atau kumpulan kepada anggota kumpulan atau kumpulan yang lain.
De Vito (1978) menyatakan komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua individu dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Berdasarkan definisi ini, De Vito menyatakan bahawa komunikasi melibatkan sekurang-kurangnya dua individu berlainan yang menghantar dan menerima mesej sama ada dalam bentuk perkataan atau isyarat. Mesej yang dihantar kadangkala mengalami gangguan, iaitu kebisingan yang boleh mengurangkan kesan komunikasi yang berlaku. Mesej yang dikirimkan itu akan memberi kesan kepada penerima dan penerima akan bertindak balas dengan menghantar mesej dalam bentuk maklum balas bagi menjawab mesej yang disampaikan. Hybels dan Weaver II (1995) pula menyatakan, komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Definisi Hybels dan Weaver II ini lebih menjuruskan kepada perkongsian maklumat, idea, dan perasaan komunikator/orang yng berkomunikasi. Ini adalah kerana semasa komunikasi berlangsung, individu yang terlibat akan menghantar sebarang maklumat, idea, atau perasaan mereka kepada individu lain. Maklumat, idea atau perasaan itu akan dikongsi oleh individu yang lain dan biasanya akan memberi ditindak balas kembali kepada penyampai maklumat tersebut.
Sementara itu, menurut Prof. Mohd Yusof Hussain (1990) komunikasi dari sudut pendangan Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Pendefinisian ini juga mempunyai persamaan dengan pendefinisian yang telah dibuat oleh sarjana barat dari segi proses pergerakan atau aliran maklumat, namun definisi ini, kelihatan lebih menyeluruh kerana menekankan hubungan yang meliputi hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain seperti yang ditekankan dalam Al Quran dan Hadis.
Menurut beliau, penekanan yang merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, merupakan komunikasi yang mempunyai kaedah dan prinsip tertentu dan mesti diamalkan kerana mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala yang akan dikira oleh Allah untuk tujuan pembalasan selepas kematian seseorang manusia itu. Dengan ini komunikasi dalam pengertian Islam mempunyai nilai yang dikaitkan dengan baik dan buruk amalan, disuruh atau ditegah oleh Allah seperti mana dapat dilihat melalui beberapa prinsip yang berkaitan dengan adab, akhlak, ibadah, mua’malah seperti berlemah-lembut, berkata benar, berkata perkara yang baik dan sebagainya.
Definisi Komunikasi
Komunikasi atau perhubungan wujud apabila satu individu atau satu kumpulan manusia melaksanakan proses berinteraksi dengan individu atau satu kumpulan manusia yang lain dan menghasilkan berbagai kesan dan natijah secara positif atau sebaliknya. Komunikasi bukan sahaja melibatkan antara dua individu atau lebih malahan juga ianya kadang-kala hanya melibatkan seorang individu sahaja.
Berdasarkan pendefinisian yang dibuatkan oleh Sillars (1988) melalui bukunya yang bertajuk Success in Communication:
“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat”.
Manakala pendefinisan yang dibuat oleh dua orang jurutera yang telah mengkaji proses komunikasi secara mendalam iaitu Shannon dan Weaver (1949) menyatakan komunikasi adalah seperti berikut:
“Komunikasi digunakan dengan pengertian yang luas untuk melibatkan semua prosedur di mana satu minda boleh mempengaruhi minda yang lain. Ini termasuklah bukan sahaja tulisan dan percakapan, tetapi juga muzik, senilukis, teater, ballet dan semua perlakuan manusia”.
Seterusnya Harold Lasswell (1948) mengemukakan definisi komunikasi yang agak menarik dan mudah difahami oleh semua, katanya:
“Satu cara yang mudah untuk menerangkan satu kegiatan komunikasi adalah dengan menjawab soalan-soalan berikut: Siapa Kata? Apa? Dalam Saluran Mana? Kepada Siapa? Dengan Kesan Apa?”
Walaubagaimanapun Wilbur Schrammn, seorang peritis terkenal dalam bidang pengajian komunikasi yang tidak asing lagi telah mengeluarkan satu definisi yang cukup baik untuk dikongsikan bersama-sama, menurut beliau:
“Bila kita berkomunikasi, kita berusaha untuk berkongsi maklumat, satu idea atau sikap. Komunikasi biasanya memerlukan tiga elemen iaitu; sumber, mesej dan destinasi”.
Menurut seorang pakar psikologi iaitu S. S. Stevens, beliau mendefinisikan komunikasi dengan cara yang berikut:
“Komunikasi adalah satu respon oleh satu organisme kepada satu rangsangan (stimulus)”.
Definisi beliau ini menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila gangguan persekitaran atau rangsangan mempengaruhi satu organisma dan orang tersebut berbuat sesuatu terhadapnya. Sekiranya gangguan persekitaran atau rangsangan itu tidak dipedulikan oleh seseorang itu, maka proses komunikasi tidak akan terbentuk.
Fungsi Komunikasi
Di sini ingin dinyatakan bahawa komunikasi itu mempunyai fungsi yang sangat luas dalam kehidupan seharian manusia. Bagi ahli sosiologi sebagai contoh, mereka menyatakan bahawa komunikasi ialah satu proses interaksi yang membantu proses sosialisasi, melahirkan institusi sosial, dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Menurut McQuil (1975), beliau ada menyatakan bahawa semua interaksi sosial semestinya komunikatif dan sebarang proses sosial dianggap proses komunikasi. Manakala sesetengah pengamal sains politik pula menganggap komunikasi ialah cara mendapatkan pengaruh dan membujuk kerana biasanya ahli politik akan menggunakan kaedah komunikasi tertentu bagi mendapatkan pengaruh seperti melakukan kempen, memujuk, mempengaruhi, menyebarkan propaganda, menggunakan media massa dan sebagainya.
Setelah sekian lama ilmu komunikasi dikembangkan, secara amnya sarjana komunikasi merumuskan fungsi komunikasi adalah sebagai salah satu atau gabungan daripada tujuan berikut, iaitu memberi maklumat, mendidik, membujuk, dan menghibur. Merujuk kepada De Vito (1994), komunikasi mempunyai beberapa tujuan dan matlamat, iaitu:
1) untuk menemui yang meliputi penemuan bersifat peribadi, proses perbandingan sosial, dan menemukan dunia luar,
2) untuk menghubungkan, iaitu membina hubungan yang bermakna,
3) untuk memujuk, yang merangkumi tujuan memanipulasi, mengawal atau mempengaruhi, dan
4) untuk permainan atau tujuan hiburan.
Walau bagaimanapun, pendapat De Vito itu boleh dikatakan merupakan replikasi daripada fungsi komunikasi yang telah diterima pakai oleh hampir sebahagian besar ahli komunikasi, iaitu memberi maklumat, mendidik, membujuk, dan menghibur.
Dalam pemnyampaian maklumat pula, komunikasi merupakan satu cara manusia memberitahu atau diberitahu mengenai sesuatu perkara sama ada tentang objek, kejadian, perasaan atau maklumat yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, seorang kakitangan sebuah organisasi akan diberitahu tentang tugas yang mesti dilakukannya dan begitu juga dalam melaksanakan tugasannya, ia perlu mendapatkan maklumat yang tepat melalui komunikasinya dengan kakitangan yang lain atau dengan ketuanya.
Dalam proses pendidikan pula, komunikasi ialah sesuatu cara bagaimana manusia dapat dididik tentang sesuatu perkara. Sejak kecil lagi manusia dididik atau disosialisasikan oleh ibu bapa mereka. Manusia kemudiannya akan menerima pendidikan secara formal melalui institusi pendidikan seperti sekolah, di mana ilmu pengetahuan diperturunkan oleh guru mereka melalui berbagai-bagai bentuk komunikasi.
Komunikasi juga digunakan untuk membujuk, iaitu satu cara mempengaruhi atau mendapatkan kepatuhan atau menuruti sesuatu kemahuan. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa sering kali menggunakan kaedah ini untuk mendisiplinkan anak-anak mereka atau supaya anak-anak patuh terhadap suruhan mereka. Dalam bidang perniagaan pula, kaedah ini digunakan untuk melariskan jualan atau menggalakkan pengguna menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan itu. Oleh itu, firma atau organisasi perniagaan akan menggunakan berbagai-bagai teknik seperti menggunakan bidang periklanan bagi mempromosikan barangan keluaran mereka.
Fungsi komunikasi yang terakhir adalah untuk menghibur kerana ia mempunyai kaitan dengan sifat atau fitrah manusia itu sendiri yang inginkan keselesaan, ketenangan, dan kegembiraan. Komunikasilah yang menjadikan mereka terhibur atau gembira. Apabila seseorang berbual atau bercakap dengan ibu bapa, saudara mara atau rakan, mereka akan berasa terhibur sekiranya komunikasi yang berlangsung itu menggembirakan mereka. Pada zaman dahulu, masyarakat tradisional memperolehi hiburan melalui cerita lisan yang disampaikan oleh orang tertentu seperti Tok Selampit di Malaysia, bagaimanapun dalam dunia moden hari ini fungsi komunikasi sebagai menghibur menjadi semakin luas dengan wujudnya sistem komunikasi massa yang semakin hari semakin canggih seperti radio, televisyen, majalah, akhbar, filem, teknologi multimedia, Internet dan sebagainya.
Proses, Elemen atau Komponen Komunikasi
Komunikasi ialah satu proses yang berterusan. Ianya memerlukan satu proses yang membolehkan sesuatu maklumat itu disampaikan dengan jayanya. Proses untuk menyampaikan maklumat itu perlulah dipastikan berjaya melalui jaringan atau kitaran proses komunikasi itu sendiri. Terdapat beberapa komponen atau elemen penting dalam sesuatu menjalankan proses komunikasi. Elemen itu ialah konteks, sumber dan penerima, mesej, saluran, gangguan atau kebisingan, enkod dan dekod, maklum balas, kesan, dan bidang pengalaman. Mari kita selami satu persatu elemen-elemen penting dalam menjayakan proses komunikasi.
Konteks: Sesuatu proses komunikasi akan melibatkan proses konteks atau hubungan. Konteks melibatkan sekurang-kurangnya empat dimensi utama, iaitu fizikal, sosial, psikologi, dan batas masa. Dimensi social di sini melibatkan soal seperti status, peranan, norma dan budaya dalam sesebuah masyarakat di mana mereka berkomunikasi. Fizikal pula ialah melibatkan suasana persekitaran di mana komunikasi berlangsung seperti di dalam kelas atau di dalam bilik kuliah mahupun di pejabat. Konteks dari segi psikologi pula akan melibatkan aspek seperti kesetiakawanan dan emosi, manakala konteks dari sudut batas masa ialah sesuatu had masa bila proses komunikasi berlangsung. Masa termasuklah kesesuaian masa, misalnya waktu yang sesuai bagi seseorang itu berkomunikasi. Oleh sebab komunikasi itu berlaku dalam berbagai-bagai konteks, maka ia memerlukan kecekapan atau penyesuaian agar matlamat komunikasi yang berkesan dapat dicapai. Seseorang pensyarah mesti bijak berkomunikasi supaya maklumat dan ilmu itu dapat disampaikan dengan sempurna dan kredibilitinya sebagai pensyarah tidak akan terjejas. Seseorang pengurus pula mesti mahir berkomunikasi seperti dalam memberi arahan, mengendalikan mesyuarat, membuat pembentangan, dan melaksanakan perundingan, manakala suami dan isteri pula perlu bijak berkomunikasi agar rumah tangga sentiasa aman dan harmoni.
Sumber dan Penerima: Sumber dan penerima ialah melibatkan dua individu yang menjadi sumber dan penerima. Walau bagaimanapun, kedua-duanya ini adalah bergantung kepada jenis komunikasi yang dijalankan, ini kerana komunikasi intrapersonal mungkin melibatkan satu individu sahaja. ini bermakna individu berkenaan boleh menjadi sumber dan penerima dalam masa yang sama.
Mesej: Mesej atau perutusan ialah kandungan yang dihantar daripada sumber kepada penerima atau yang diterima kembali oleh sumber. Sifat mesej boleh diolah dalam bentuk lisan (verbal) atau bukan lisan (bukan verbal) seperti nada suara, mimik muka, jarak, pergerakan tubuh badan dan sebagainya.
Saluran: Saluran ialah aliran tertentu yang boleh menyalurkan mesej. Ia merupakan perantara yang membawa mesej daripada pengirim atau sumber kepada penerima. Dalam bahagian komunikasi massa, saluran yang digunakan ialah Internet, radio, televisyen, akhbar, majalah dan sebagainya. Saluran yang digunakan biasanya disesuaikan dengan bentuk komunikasi.
Gangguan atau Kebisingan: Kebisingan boleh memasuki mana-mana sistem komunikasi. Kebisingan ialah sebarang gangguan atau halangan yang berlaku terhadap perutusan atau mesej. Ia boleh berbentuk mekanikal atau psikologi. Bentuk mekanikal ialah seperti tulisan yang sukar dibaca, bunyi bising, kesamaran suara dan sebagainya, manakala psikologi ialah seperti tanggapan yang melibatkan prasangka dan sebagainya.
Enkod dan Dekod: Enkod ialah proses di mana sesuatu mesej atau perutusan yang dikirim, dan kemudiannya diterjemahkan untuk maklum balasnya. Mesej berupa kod sama ada dalam bentuk bunyi atau tulisan. Mesej ini akan diterima oleh penerima, juga dalam bentuk kod. Proses penerimaan mesej ini pula dikenali sebagai dekod dan kemudiannya disampaikan semula untuk maklumbalas lanjutan.
Maklum balas: Maklum balas juga adalah mesej. Apabila seseorang menghantar sesuatu perutusan ia akan menerima kembali merutusan tersebut. Kita mendengar apa yang kita katakan, kita membuat tanggapan sendiri dan kita juga akan mengubahnya atau melakukan proses penyesuaian. Kita juga menerima maklum balas daripada orang lain dalam pelbagai bentuk seperti gerakan badan atau visual seperti senyuman seseorang. Kita memberi salam kepada seseorang yang lain, jika sekiranya individu itu mendengarnya dengan baik maka salam yang disampaikan itu bakal dijawab. Inilah dinamakan maklum balas. Maklum balas boleh menjadi positif atau negatif. Walau bagaimanapun, maklum balas ini bergantung kepada tafsiran seseorang.
Kesan: Kesan berlaku ke atas satu atau lebih individu. Walaupun kita tidak dapat perhatikan atau ditafsirkan proses kesan itu, tetapi kita boleh mengandaikan akan kewujudannya.
Bidang Pengalaman: Bidang pengalaman boleh juga disenaraikan bersama dalam elemen komunikasi. Ia merangkumi tahap pengalaman seseorang seperti pengalaman seorang remaja lelaki yang berbeza dengan pengalaman seorang remaja perempuan. Komunikasi dikatakan berhasil apabila wujudnya kesamaan pengalaman yang dapat dimanfaatkan. Sebagai contoh, komunikasi antara guru dan pelajar.
Model Komunikasi
Para sarjana dalam bidang komunikasi telah menghasilkan pelbagai model komunikasi untuk menerangkan dengan lebih jelas bagaimana proses komunikasi terlaksana. Ada pelbagai model komunikasi yang telah dicipta. Penciptaan model komunikasi adalah bertujuan untuk memudahkan kita memahami bagaimana proses komunikasi itu berlaku. Terdapat pelbagai model komunikasi yang kadangkala dicipta berdasarkan sesuatu bidang tertentu dalam bidang komunikasi. Komunikasi keorganisasian atau komunikasi massa sebagai contoh, mempunyai beberapa bentuk modelnya yang tersendiri. Namun begitu model ini banyak menerima pengaruh daripada model komunikasi yang terawal. Antara model komunikasi yang terawal ialah, Model Laswell (1948), Model Shanon dan Weaver (1949), Model Newcomb (1953), Model Osgood (1954), Model Schramm (1954), dan Model SMCR oleh Berlo (1960). Mari kita singkap secara ringkas satu persatu model ciptaan terawal dalam bidang komunikasi ini.
Model Laswell: Ini ialah model komunikasi yang terawal pernah dicipta. Ianya telah diketengahkan oleh seorang ahli sains politik terkenal ketika itu, iaitu Harold Laswell. Namun, model ini telah dikritik hebat kerana memasukkan hanya seorang komunikator atau individu sahaja dan sesuatu mesej yang mempunyai maksud dalam proses komunikasinya. Ia juga dikatakan terlampau dipermudahkan caranya dengan hanya menanyakan soalan-saoalan seperti berikut:
  • Siapa?
  • Berkata apa?
  • Saluran apa?
  • Kepada siapa?
  • Dengan kesan apa?
Model Shanon dan Weaver: Manakala model yang dikenal sebagai Teori Matematik Komunikasi ini dianggap menjadi peneraju terawal yang amat penting dan berpengaruh bagi perkembangan model dan teori lain dalam bidang komunikasi walaupun ia dikemukakan untuk menjelaskan komunikasi yang berkaitan dengan kejuruteraan. Dalam model ini sumber maklumat mengeluarkan satu mesej untuk dikomunikasikan. Set mesej berkenaan berbentuk gambarajah, perkataan, tulisan, muzik dan lain-lain. Transmiter akan menukar mesej kepada isyarat yang sesuai bagi saluran yang akan digunakan. Saluran ialah pengkalan ataupun alatan yang digunakan untuk menghantar isyarat dan transmiter kepada penerima. Jika dikaitkan dengan perbualan, sumber maklumat itu adalah otak, dan transmiter adalah mekanisme suara yang dihantar melalui udara. Penerima melakukan tindakan yang terbalik dengan menyusun semula mesej daripada isyarat kepada penerima dan kemudiannya penerima akan menghantar mesej itu kepada individu lain atau benda atau kepada siapa mesej itu disampaikan.
Rajah 2.1: Model Komunikasi Shannon dan Weaver
Sumber: Griffin, E. (1997) A First Look At Communication
Model Charles Osgood: Menurut Osgood (1954), model yang dikemukakan oleh Shanon dan Weaver dibuat untuk menggambarkan proses penyelesaian terhadap masalah kejuruteraan semata-mata. Oleh itu, beliau telah menghasilkankan modelnya yang tersendiri serta berdasarkan kepada proses psikolinguistik. Melalui model beliau ini, proses komunikasi berlangsung berdasarkan tahap-tahap berikut:
  • Penerima bekerja terhadap rangsangan dan input.
  • Satu individu berfungsi sebagai sumber dan destinasi.
  • Fungsi menghantar dan menerima dalam satu individu.
  • Output tercapai dengan mengenkod dan input mendekod.
  • Mesej atau gerak balas penghantar-penerima adalah output sumber dan destinasi.
  • Mendekod mesej yang dia mengenkod melalui beberapa mekanisme maklum balas.
Rajah 2.2: Model Osgood (1954)
Model Newcomb: Theodore Newcomb (1953), pula telah menggunakan pendekatan yang lebih bersifat kognitif. Beliau merupakan ahli psikologi social yang telah menghasilkan satu gambaran interaksi antara manusia secara kaitan segi tiga. Model beliau ini juga dikenali sebagai model ABX, iaitu seorang individu (A) mengirim perutusan kepada individu lain (B) mengenai sesuatu (X). Sikap A terhadap B dan X adalah saling bergantungan, manakala orientasi yang terbentuk hasil dari komunikasi ialah:
  • Orientasi A terhadap X termasuk kedua-dua sikap terhadap X sebagai satu objek untuk didekati atau dielakkan daripada penghasilan kognitif
  • Orientasi A terhadap B adalah sama
  • Orientasi B terhadap X
  • Orientasi B terhadap A
Rajah 2.3: Model Newcomb
Model Wilbur Schramm: Schramm (1954) pula adalah salah seorang pengkaji dalam bidang komunikasi yang terawal, ini kerana sebelumnya beliau melibatkan diri dalam kajian yang berkaitan dengan komunikasi ini beliau telah melibatkan diri dalam pengkajian berasaskan bidang psikologi atau politik. Beliau telah mengutarakankan tiga model secara berturut-turut berdasarkan kesempurnaan setiap satu model berkenaan. Misalnya modelnya yang pertama telah dipengaruhi oleh model Shanon, iaitu komunikasi yang bersifat satu hala. Manakala modelnya yang kedua merujuk kepada komunikasi satu hala tetapi mempunyai rangka rujuk dan lapangan pengalaman seseorang itu. Apa yang dikongsi dalam lapangan pengalaman kedua-dua sumber dan destinasi itulah yang sebenarnya dihubungkan antara satu dengan yang lain. Bahagian isyarat diletakkan pada kedua-dua sumber dan destinasi mesej yang disampaikan. Merujuk kepada model yang ketiganya pula telah dipengaruhi dari model yang di perkenalkan oleh Osgood dan bersifat komunikasi dua hala. Berdasarkan model ketiga ini, komunikasi adalah sebagai satu interaksi dengan kedua-dua kumpulan mengenkod, mentafsir, mendekod, menghantar, dan menerima isyarat secara terus menerus.
Model SMCR Berlo: Model SMCR dipeloporikan oleh David K. Berlo (1960). Huruf-huruf yang digunakan adalah unsur penting dalam model ini, ianya merujuk kepada, Source (Sumber) - Message (Mesej) -Channel (Saluran) - Receiver (Penerima). Dalam melaksanakan proses komunikasi sumber berkomunikasi adalah berdasarkan kepada kemahiran berkomunikasi itu sendiri, sikap dirinya, pengetahuan yang ada padanya, sistem sosial di mana ia berada dan budaya sesebuah masyarakat. Keadaan yang sama juga mesti wujud pada diri penerima. Mesej yang disampaikan pula mempunyai unsur, struktur, ianya wujud dalam bentuk kandungan dan kod tertentu. Mesej yang dihantar atau diterima menggunakan saluran tertentu, seperti dengan menggunakan deria melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa. Menurut model ini terdapat juga beberapa faktor yang boleh menjejaskan proses komunikasi, iaitu dengan kemahiran berkomunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber dan penerima itu sendiri. Di sini memang telah wujud kelemahan pada model yang di pelopori oleh Berlo ini antaranya ialah, ia tidak memasukkan unsur kebisingan atau gangguan, dan maklum balas atau tindak balas penerima itu sendiri.
Rajah 2.4: Model SMCR (SMSR) (1960)
Model Berlo/SMCR: Barlo (1960) juga ada memperkenalkan satu model menarik yang dikenali sebagai Model Berlo/SMCR, ianya menerapkan konsep yang cukup mudah difahami dan boleh digunapakai dalam kehidupan seharian kita. Menurut Model Berlo (1960) ciri-ciri yang ada pada penerima dan sumber seperti kemahiran berkomunikasi, pengetahuan serta sikap kepada sumber/penerima, sistem nilai mempengaruhi keberkesanan komunikasi menjadi satu yang memudahkan proses komunikasi. Dalam pada itu, mesej yang unsur-unsur seperti isi kandungan, kod sama ada secara verbal ataupun bukan verbal, dan susunan mesej juga mempengaruhi kepada keberkesanan kepada proses komunikasi tersebut. Walaubagaimanapun, pemilihan saluran bagi menyampaikan mesej juga adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan dalam menyampaikan maklumat itu tercapai.
Rajah 2.5: Model Berlo/SMCR (1960)
Model McCrosckey (1972)
Rajah 2.6: Model McCrosckey (1972)
Bagi McCroskey (1972) ransangan maklum balas dalam ransangan komunikasi adalah satu yang amat pentig. Jadi beliau telah meghasilkan satu model yang menerangkan sesetengah perkara yang berlaku dalam sumber sebelum berkomunikasi dan dalam penerima setelah berkomuasi. Dalam model ini beliau ada menyatakan maklum balas adalah perkara yang paling penting. Maklum balas ialah tindak balas terhadap mesej, dan maklum balas itu ialah mesej. Maklum balas dan mesej boleh merangsang lebih banyak maklum balas atau mesej. Prosesnya akan berlaku secara berterusan. McCroskey juga telah memasukkan gangguan dalam proses komunikasi tersebut dan gangguan ini wujud dalam sumber, penerima atau saluran.
Rajah 2.7: Model McCrosckey
Nota :
Sender : Penyampai
Message : Mesej/Maklumat
Receiver : Penerima
Feedback : Maklum Balas
Rajah 2.8: Model McAuley (1979)
Model McAuley: Jack McAuley (1979) telah mengemukakan satu model yang tidak kurang menariknya juga, ianya dinamakan sebagai model Tindak Balas. Ianya merupakan satu proses komunikasi berbentuk bulatan. Ia terdiri daripada model yang telah dilakukan sedikit pengubahsuaian terhadap model yang dipelopori oleh McCrosckey. McAuley (1979) berpendapat komunikasi bukanlah satu berbentuk garisan seperti yang di kemukakan oleh beberapa model-model sebelum ini. Sumber secara serentak, juga ialah penerima, iaitu sumber menghantar mesej dan juga bertindak balas terhadap yang lain. Proses ini berterusan. Walau bagaimanapun, model ini kerap dihubungkan dengan komunikasi antara manusia. Persoalannya, adakah ia sesuai untuk proses komunikasi massa?
Model komunikasi yang dikemukakan di atas boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk, iaitu linear, interaktif dan transaksional. Bentuk linear ialah maklumat daripada pengirim kepada penerima adalah bersifat sehala, seolah-olah penghantaran mesej dan pengirim yang aktif kepada penerima yang pasif. Model interaktif ialah komunikasi dua hala yang melibatkan pengirim menghantar mesej dan diterima oleh penerima. Kemudian penerima menghantar mesej dan diterima pula oleh pengirim yang asal dan ini berlaku secara aktif. Model transaksional menggambarkan komunikator selalunya menghantar dan menerima mesej secara serta merta. Oleh itu, imej penerima dan penyampai tidak boleh dipisahkan. Mereka ialah pengirim dan penerima sekaligus dan mereka ialah komunikator yang berupaya menerima, mendekod, dan bertindak balas terhadap orang lain.
Model komunikasi transaksional lebih dikaitkan dengan komunikasi manusia sesama manusia. Model transaksional dapat memberikan gambaran proses komunikasi secara lebih lengkap. Ini kerana proses komunikasi tidak akan berlaku secara pasif dan ianya berlaku dengan cara yang berterusan.
Model Liner
Model Interaktif
Model Transaksional
Rajah 2.9: Model transaksional
Daripada penerangan yang telah dibincangkan secara ringkas di atas diharap kita dapat mencuba untuk memahami apakah yang berlaku sebenarnya daripada permulaan hingga ke peringkat seterusnya di dalam pusingan komunikasi. Itulah yang menjadi sebahagian daripada aktiviti kita semasa kita bercakap dengan orang, melayari internet, menonton televisyen, mendengar radio atau membaca buku. Ini menunjukkan proses komunikasi dua hala berlaku dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts