KAMU BOLEH ! YAKIN BOLEH…
Kamu ingin berjaya dalam pelajaran? Apa usaha kamu untuk mencapai cita-cita kamu itu? Pasti kamu sedang tekun berusaha. Syabas! Tetapi adakah usaha kamu itu terancang dengan baik? Hari peperiksaan pasti akan tiba. Sudahkah kamu bersedia? Apakah jawapan kamu “ya”, “tidak” atau “tidak pasti” ?
Jika jawapan kamu “ya” kamu seorang murid yang cemerlang. Jika jawapan kamu tidak kamu mesti berusaha daripada sekarang. Jika kamu mengatakan tidak pasti, kamu mestilah mengatakan “ya”.
Walau apa keadaan kamu sekalipun, kamu tetap memerlukan satu kaedah pembelajaran tersendiri yang sistematik. Jadual pembelajaran kamu juga perlu berlandaskan kepada akhlaq Islām agar setiap usaha kamu diberkati Allāh.
Di bawah ini adalah jadual kehidupan seorang pelajar Islām yang telah berjaya dengan cemerlang. Beliau bukan sahaja berjaya di dalam ketahanan mental dan fizikal, malah spiritual. Kekuatan rohani ini merupakan satu yang membezakan kita seorang muslim yang berjaya daripada yang yang lainnya. Cuba kamu ikuti, mudah-mudahan kamu juga akan berjaya seperti beliau.
a.) Hari-hari biasa
· Subuh
Dia bangun daripada tidur sebelum masuk waktu Subuh lagi dengan membaca doa’
الحمد الله الذى أحيانا بعد ما أ ما تنا و اليه النشور
“Segala puji bagi Allāh yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNyalah kami dikembalikan”
Dia mempersiapkan diri untuk menunaikan sembahyang Subuh. Apabila selesai dia mengulagkaji pelajaran setakat yang sempat sebelum mengenakan uniform sekolah.
· Pagi
Sebelum ke sekolah dia bersarapan terlebih dahulu dengan membaca doa’
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار
“Ya Allāh, Engkau berkatilah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami serta selamatkanlah kami dari azab api neraka”
Apabila selesai dia membaca:
الحمد الله الذى اطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين
“Segala puji bagi Allāh yang telah memberi kami makanan dan minuman serta menjadikan kami orang Islām”
Sebelum berangkat ke sekolah, dia bersalaman dengan emak dan ayahnya. Dia mengucup tangan keduanya. Dia tidak lupa membaca doa ini:
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”
Di sekolah dia belajar dengan tekun dengan memberikan sepenuh tumpuan terhadap matapelajaran yang diajar oleh cikgu. Setiap kali matapelajaran bertukar ganti dia akan membaca doa’ ini:
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزءن رحمتك يا أرحم الرحمين
“Ya Allāh, bukakanlah hikmah-Mu dan turunkanlah rahmat daripada khazanah-Mu itu kepada kami. Ya Allāh, yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang”
Supaya mudah lekat pelajaran yang dipelajari, dia mengamalkan doa ini:
اللهم ارزقنا يا رب فهم النبيين و حفظ المرسلين و الهام الملاءكة المقربين في عافية يا أرحم الرحمين
“Ya Allāh, kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu. Kurniakanlah kami kasihatan, Wahai Yang Amat Mengasihani”
· Petang
Apabila kembali kerumah, setelah menunaikan solat Zohor dan makan tengahari, dia mengulangkaji pelajarannya. Sekiranya tiada aktiviti sekolah petang itu dia akan terus mengulagkaji sebelum beriadah selepas solat Asar.
· Malam
Dia mengikuti ayahnya ke surau untuk solat Maghrib secara berjamaah. Jika kamu murid perempuan eloklah kamu sembahyang berjamaah dengan emak di rumah sahaja. Sementara menanti waktu Isyak, dia belajar mengaji al-Quran dengan ayahnya sendiri. Selepas sembahyang Isyak dia akan mengulagkaji pelajarannya sehinggalah rasa mengantuk. Sebelum tidur dia akan membaca doa’ ini:
باسمك اللهم أحيا و باسمك أموت
“Atas nama Engkau ya Tuhan-ku, akan ku jalani hidup ini dan atas nama Engkau pula akan ku hadapi mati”
b.) Minggu peperiksaan
Dia akan menambah amalannya apabila sudah hampir masuk minggu peperikasaan. Dia juga semakin giat mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajarinya sepanjang satu semester.
Untuk menambah kecergasan agar dirinya tetap sihat apabila sampai hari peperiksaan nanti, dia mengamalkan doa’ ini:
اللهم إني أعوذبك من الهم و الحزن و اعوذبك من العجز و الكسل و أعوذبك من الجبن و البخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال
“Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung daripada ketakutan, kebakhilan, kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang dan penindasan orang”
Walaupun dia telah mengadakan segala persiapan dengan cukup, kadang-kadang darahnya bergemuruh juga. Setiap kali hal ini berlaku dia akan membaca doa’ ini:
سخرلي كل أحد بحق بسم الله الرحمن الرحيم اللهم احضع لي كل من يراني من الجن والإنس و الطير و الوحش و الهوام
“Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihi”. Wahai Tuhan, Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan binatang-binatang lain”
c.) Hari peperiksaan
Esok hari penentu. Pada malamnya dia melakukan sembahyang hajat secara ringkas, iaitu sebanyak dua rakaat.
Kemudian dia mengulagkaji untuk pelajaran yang bakal diduduki untuk peperiksaan esok.
d.) Di dewan peperiksaan
Di dewan peperiksaan dia bersikap tenang. Dia tidak pernah lupa memulakan segalanya dengan kalimah bismillah serta membaca doa’ ini:
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزءن رحمتك يا أرحم الرحمين
بسم الله الرحمن الرحيم
“Ya Allāh, bukakanlah daripada hikmah-Mu dan turunkanlah rahmat daripada khazanah-Mu itu kepada kami. Ya Allāh, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Kemudian dia menjawab semua soalan dengan mendahulukan yang mana lebih mudah baginya terlebih dahulu, apabila terlupa atau berasa was-was, dia akan membaca:
سبحان من لاينام ولا يسهو ذكرني ما نسيت
“Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan lupa. Ya Allāh, peringtkanlah apa yang aku telah lupa”.
Apabila dia berasa sukar dia akan membaca doa’ ini:
اللهم الطف في تيسير كل عسير فإن تيسير كل عسير عليك يسير. و أسئلك اليسر و المعافاة في الدنيا و الأخرة
“Ya Allāh, mesrakanlah denganku pada memudahkan setiap yang sukar. Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu bagi-Mu adalah mudah. Aku mohon pada-Mu kemudahan dan limpah kebaikan di dunia dan di akhirat”
e.) Selesai minggu peperiksaan
Selesai minggu peperiksaan bukan bererti selesai belajar baginya. Dia tekun pula mentelaan buku-buku pengetahuan yang lain yang dipinjamnya di perpustakaan sekolah atau yang dibeli oleh ayahnya. Dia juga lebih rajin hadir ke kuliah agama di surau dan masjid. Di samping itu, dia kerap juga melakukan sembahyang hajat, berdoa kemudian tawakkal.
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment