PENGALAMAN & KERJAYA

MUHAMAD FAZIL HJ. AHMAD

Idola: Nabi Muhammad S.A.W

E-mail: islah_project@yahoo.com

3 Ogos 1979

Temerloh, Pahang


Education Background:

Doctorate - PhD. Communication - Branding (UPM) - 2013

Master in Communication - M.A.HSc. (Comm. UIA) - 2006

Bachelor in Comparative Religion and Communication (hons.) (UIA) – 2003


Career Background:

Senior Lecturer DS51 Faculty of Applied Social Sciences - UniSZA

Ahli Jawatankuasa Projek FRGS B-F1 “Branding Index”

Manager Student Activities and Alumni Department.

Manager Graduate Affairs Department, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Tim. Dekan Pusat Bahasa Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Kordinator Fakultas Komunikasi, Universitas Islam Antarabangsa Jakarta

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Pensyarah Technology Park Malaysia College

Penasihat, Kelab Debat dan Komunikasi Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Penasihat, IIC Alumni Association

Pengarah Istiadat Convokesyen 2008-2010, IIC

Penceramah, Motivasi di Eastana Event & Consultancy

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Wilayah KL

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Penceramah, "Program Empower", East Coast Economic Region (ECER)

Penceramah, Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia. ECER Hulu Terengganu

Pengacara Rancangan TV "Chef Halal" (2012)

Jurucakap Produk Kesihatan SayHeart Singapore (2011)

Jurucakap Produk KOFAZ (2009/2010) – All One

Ahli Kumpulan Nasyid All One

Calon bagi Anugerah Industri Muzik Ke-16 - All One

Calon bagi Anugerah Nasyeed.Com - All One


Research Projects:

(1) FRGS Project (BF1) (2010 – 2011) – “Developing a new branding index in corporate communication for an Asian country” (Research Assistant).

(2) Research (2009 -2012) – “Leveraging country's reputation and nation brand index in Bandar Melaka: Potential strategies for developing Malaysian’s city brand index”.

(3) Project (2010): “Measuring Determinant of City Brand for Institutionalizing Strategic Communication: A Study of Malacca City”.

(4) Ph.D Proposal Dissertation (2010): “Measuring Determinants of City Brand: Investigating the Antecedents of Perceived Brand Personality Scale in Bandar Melaka (Bandaraya Bersejarah)

(5) New Research Project (2013 - 2014) – “Identifying the Determinant Attributes of Halal Brands Index (HBI) that Influence the Corporate Marketing Communication (CMC) in Malaysian Market”.

(6) New Research Project (2014) – “The upcoming of innovation: Integrating Technology and Human personality”.


Conferences and Proceedings:

(1) Zakiah, M. Othman, I. & Ahmad, M.F. (2010). “Halal Business Corporate Social Responsibility”. International University Social Responsibility Conference & Exhibition - IUSRCE 2010, PWTC Kuala Lumpur, UTM Skudai, Johor, Malaysia.

(2) Ahmad, M.F. & Abdullah. Z (2011). “Measuring Determinants of City Brand: A Varification Approach in the Corporate Communication Perspective in Malacca City”. MENTION 2011, UKM Bangi. Selangor, Malaysia.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z., Ezhar Tamam & Jusang Bulong (2012). “City Brand: An Application of Brand Personality Scale to Bandar Melaka”. 21st AMIC Annual Conference 2012, Concorde Hotel, Shah Alam, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(4) Ahmad, M.F., (2013). “The Stakeholder Interpretation of City Brand Personality Determinant for Strategic Communication”. Seminar Hasil Peyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi 2013 - Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2 & 3 July 2013 at EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok, Kedah, Malaysia.

(5) Ahmad, M.F., (2013). “The Antecedents of Halal Brand Personality in Malaysian Takaful Industry: A Preliminary Review”. 1st Insurance and Takaful International Symposium. 7th - 8th October 2013 at Puri Pujangga UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

(6) Ahmad, M.F., (2013). “CSR implementation in Islamic Philanthropy: A Preliminary Review of Halal Brand Personality Concept in Malaysian Takaful Industry”. World Universities Islamic Philanthropy Conference 2013. 4th – 5th December 2013 at Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(7) Ahmad, M.F., (2013). “The Issues of Future Innovation: Integrating Technology and Human Personality for Reputation Management”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(8) Ahmad, M.F., (2013). “The Role of Halal Brand Personality Determinant in Malaysian Takaful Industry”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(9) Ahmad, M.F., (2013). Halalan Taiyyban: The Application of Brand Personality in Malaysian Food Industry”. International Conference on Halal Global 2013. 15th – 16th December 2013 at Perdana Hotel, Kota Bharu Kelantan, UiTM Machang, Kelantan, Malaysia.


Publications:

(1) Ahmad, M.F. (2006). Communication Technology and Organizational Performance: An Analysis of The IIUM Community’s Web Sites Usage and Perceptions. Research in Master Thesis IIUM Library. IIUM.

(2) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Determinant Attributes of City Brand Personality That Influence Strategic Communication. Canadian Social Science. Canadian Academy of Oriental and Occidental Culture. Vol. 9 No.2.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). An Application of Brand Personality to City Brand for Strategic Communication. International Journal of Social Science Tomorrow. Society for Promoting International. Vol. 2 No.5.

(4) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Involving Internal Stakeholders in Developing City Brand Personality for Strategic Communication. Asian Social Science. Vol. 9 No.10.


Editorial Board Members:

(1) Editorial Board Members for the Journal of Basic and Applied Scientific Research – [ISI-Thomson] (13th November 2013), International Society Applied Sciences, Cairo, Egypt & United States of America (USA). - Global Impact Factor = 0.432


Invitation to Paper Review:

(1) Reviewer for the Journal of Place Management and Development – [Emerald insight Journal] (10th September 2013), Institute of Place Management, 1 Queen Anne's Gate, Westminster, London.


My Inspiration:

“The comprehensive excellence achievement is balancing of our life journey”

-Fazil, 2009-


“The requirement of comprehensive excellence achieved is balancing of our life journey” -Fazil, 2009-

TEACHING SPECIALIZATION:

1) Public Relations

2) Corporate Communication

3) Advertising

4) Branding & Reputation

5) Crisis Communication

6) Public Opinion & Propaganda

7) Islamic Studies

8) Moral Studies

9) English Language



Convo UIA'08

Tuesday, December 7, 2010

ISLAH; KOMUNIKASI, LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SATU PENGENALAN


Oleh: Muhamad Fazil Ahmad

“Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dan dengki”
(Hamka)


Objektif

Bab ini akan mendedahkan Anda dengan:
• Pengenalan kepada Theory of Islah, Training and Development
• Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi
• Mengenalpasti kemahiran pengajaran yang efektif
• Memahami kemahiran pengumpulan data
• Mengenalpasti kemahiran berpolitik dalam bidang latihan


Model dan Teori Islah, Latihan Dan Pembangunan

Terdapat pelbagai model latihan dan dapat dirumuskan semua model mengandungi aktiviti dan fasa yang agak sama, yang berbeza hanya format dan persembahannya. Semua model latihan dapat disimpulkan memiliki fasa atau langkah seperti Merekabentuk, Melaksana latihan, Menilai keberkesanan latihan, Mengkaji keperluan latihan dan kembali kepada Merekabentuk. Model ini merujuk proses asas yang perlu ada apabila menganjurkan sesuatu program latihan. Selain itu semua model juga mempunyai sistem maklum balas yang tersendiri. Maklumbalas merupakan mekanisme penyelarasan dan kawalan untuk memastikan setiap komponen, aktiviti atau proses latihan beroperasi seperti satu system.

Pembentukan Moden dan Teori Islah, Latihan dan Pembangunan ini telah dipelopori oleh Fazil (2005) berdasarkan kajian dan penyelidikan terperinci untuk memastikan perlaksanaan modul-modul latihan dapat menjadi pemangkin kearah kejayaan seseorang yang telah mengikuti program latihan yang dianjurkan. Berasaskan dengan itu, model dan teori ini mempraktikkan perlaksanaanya secara putaran mengikut arah pergerakan jam untuk memastikan setiap perlaksanaan program latihan akan menjadi satu ikutan dan berkekalan dalam diri peserta tanpa perlu menyedarkan atau menyuntik kembali semangat murni yang telah diterapkan.

Berdasarkan Model Islah, Latihan dan Pembangunan Fazil (2005), beliau telah meletakkan indicator-indikator berdasarkan keutamaan yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Di sini boleh kita perhatikan Aqidah di letakkan pada tempat yang paling utama dan diikuti Akhlaq, Ibadah dan yang terkemudian sekali barulah dilaksanakan Tarbiyah ataupun pendidikan dan latihan. Dalam pada itu, bagi memastikan proses pembentukan Aqidah, Akhlaq, Ibadah dan Tarbiah dilaksanakan dengan berkesan, maka proses fakir dan zikir perlu diterapkan. Fikir dan zikir di sini melibatkan satu asas dalam pada kita melaksanakan segala proses ini kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan Yang Maha Agung. Proses zikir diikuti dengan berfikir adalah bertujuan untuk menggelakkan kita dari melakukan perlaksanaan zikir yang menyeleweng tanpa berfikir buruk baiknya amalan zikir yang kita laksanakan. Manakala bagi menjalinkan tautan proses pembentukan Aqidah, Akhlaq, Ibadah dan Tarbiah dilaksanakan dengan jayanya penerapan asas pemeringkatan membersihkan jiwa raga seperti Taubat, Muraqabah, Muhasabah dan Mujahadah memainkan peranan dalam menjaga mutu tarbiyah yang telah diadaptasikan dengan berlandaskan Aqidah, Akhlaq dan Ibadah

Mungkin ramai yang cuba menyangkal bahawa konsep Tarbiyah ataupun latihan dan pendidikan adalah perkara yang perlu diutamakan, ini kerana ia adalah melibatkan proses untuk mendidik. Untuk makluman para pembaca yang dikasihi sekelian, rasional di sebalik mendahulukan yang terutama daripada yang utama adalah menepati pada pengalaman, kajian, penyelidikan dan pembacaan penulis yang mana jika kita lihat sebagai contoh di sini pernahkah anda menghadapi situasi di mana berapa ramai orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai status kehidupan yang baik tetapi menyeleweng dalam melaksanakan tugasan mereka? Sebagai contoh mengambil rasuah, menipu dan sebagainya. Padahal mereka ini memiliki ilmu pengetahuan yang mentap, tetapi pekara aqidah, akhlaq dan ibadah diambil enteng dan diabaikan maka segala proses pembelajaran yang diterapkan dan dipelajari selama ini tidak menjadi satu yang boleh menghalang diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik, malah memburukkan lagi keadaan.

Maka dengan itu, dalam proses memantapkan jiwa, serta segala apa yang telah di pelajari menjadi satu yang bermakna dan menjadikan lebih dihargai. Maka dengan itu sesuatu perkara yang baik akan berterusan dan menjadi satu ikutan yang baik kepada mereka yang pernah mengalaminya. Justeru itu penulis merasakan kesemua ciri-ciri ini perlu diterapkan kepada setiap pelatih dalam usaha untuk menuju kepada pendidikan dan latihan yang lebih berkualiti dan supaya dapat dikaksanakan sekaligus, lantas ianya bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam dalam diri peserta tetapi akan terus berkekalan dan sebati di dalam jiwa seseorang ataupun meraka lebih berIstiqamah dalam melaksanakan kebaikan bagi mencapai matlamat yang dihajati.

Nota :

Aqidah : Faith (Islam, Iman and Ihsan)
Akhlaq : Good Behaviour
Ibadah : Worship to Allah
Tarbiyah : Education and Training (Rohaniah and Jasmaniah)

Rajah: Model Islah, Latihan dan Pembangunan
Theory of Islah, Training and Development ©
(Oleh: Fazil, 2005)

Teori Islah, Latihan dan Pembangunan ini akan mengungkap tentang perumpamaan yang meletakkan nilai manusia adalah pada amalnya dan bukan pada fizikalnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi, Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “sungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (hadis riwayat Muslim)

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya pada sebelah kiri dada.

Imam al-Ghazali pernah mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani. Beliau berkata: “Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedang hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 7 hingga 10.”

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka, hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu. Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.


Indikator-Indikator Penting Model Islah, Latihan dan Pembangunan

1. Aqidah (Islam, Iman dan Ihsan)
2. Akhlaq
3. Ibadah
4. Tarbiyah - Pendidikan dan Latihan (Rohaniah dan Jasmaniah)

Maka di sini penulis akan memperincikan setiap perlasanaan indikator-indikator Model Islah, Latihan dan Pembangunan, segala perincian adalah seperti berikut:

1. Aqidah (Islam, Iman dan Ihsan)
Aqidah adalah ajaran tentang keimanan terhadap keEsaan Allah S.W.T (aqidah jama’nya aqaid). Manakala pengertian iman secara luas ialah keyakinan penuh yang dibenarkan oleh hati, diucapkan oleh lidah dan diwujudkan oleh amal perbuatan.

Dalam pada itu, Aqidah atau kehidupan beragama dalam Islam dilakukan dengan dua cara yang lazim. Pertama, percaya kepada kebenaran peraturan teori, yang terkandung di dalam penjelasan agama. Di dalamnya ada penjelasan yang menerangkan tentang adanya ‘wujud’ yang didirikan di atas pernyataan tauhid ketuhanan; penjelasan yang menyatakan adanya rasul-rasul yang memberi petunjuk, pemberitahuan tentang adanya kehidupan lain di mana manusia akan dihisab dan diberi balasan atas apa yang dilakukannya. Di samping itu, ada juga kepercayaan terhadap kebenaran semua ajaran yang dibawa oleh agama yang disampaikan oleh wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an al-Karim dan as-Sunnah yang tetap.

Kedua, penerapan dan pengamalan petunjuk yang dibawa oleh agama dalam bentuk perintah dan larangan yang berkaitan dengan perilaku manusia dalam erti yang menyeluruh. Untuk kaedah yang pertama, kita mengenalinya dengan istilah cara kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah, sedangkan untuk kaedah yang kedua, kita boleh mengenalinya dengan istilah cara kehidupan beragama yang berkaitan dengan syari’at.

Kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah ini merupakan satu prinsip yang menjadi landasan bagi cara kehidupan beragama yang berkaitan dengan shari’ah, kerana sesungguhnya kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w. yang diberi tugas untuk memikul beban risalah-Nya adalah mencakupi syari’at; sehingga aqidah merupakan landasan bagi cara kehidupan beragama yang berkaitan dengan shari’ah. Oleh kerana itu, sesungguhnya hubungan antara keduanya bersifat timbal-balik, saling memerlukan (‘alaqah talazum) yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan beragama.

Jika kehidupan beragama yang berkaitan dengan syari’at diwujudkan dalam perilaku individu dan masyarakat sesuai dengan apa yang diharuskan oleh wahyu, yang berkaitan dengan perintah dan larangan, maka sesungguhnya kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah menuntut adanya keyakinan yang tidak mengandungi sedikit pun keraguan. Lalu ajaran-ajaran agama yang diyakini itu ditempatkan sebagai rujukan asas semua perilaku mereka, sama ada rujukan itu berbentuk hukum-hukum agama mahupun ajaran agama yang telah ditegakkan dalam kehidupan nyata mereka. Kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah mencakupi anggapan pembenaran terhadap ajaran agama yang menjadi sumber setiap pemikiran dan perilaku. Kegagalan apapun yang berkaitan dengan dua hal ini boleh dianggap sebagai penyimpangan dalam kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah.

Adapun aqidah merupakan hakikat-hakikat yang sempurna kerana sesungguhnya ia menjelaskan apa yang terjadi dalam hakikat ‘wujud’ ini. Untuk hal-hal yang berkaitan dengan masalah ini, hukum akal tidak memiliki hak untuk memperbaharuinya kerana ia telah dijelaskan dengan nas-nas agama secara qat’i, dan tidak ada peluang untuk melakukan tarjih (keterangan) terhadapnya. Sesungguhnya ia telah teratur dengan sempurna dan konsisten walaupun keadaan kehidupan yang sebenar berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Lalu bagaimanakah kemungkinan perumusan yang boleh meningkatkan kehidupan beragama dalam hal yang berkaitan dengan aqidah? Kemudian, bagaimana pula sifat perumusan tersebut?

Sesungguhnya sifat perumusan kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah adalah sama seperti sifat aqidah itu sendiri. Apabila aqidah Islam itu dituruti secara dalamannya dengan sempurna dan konsisten, maka kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah akan lebih mantap di dalam pemikiran kerana ia menjadi sumber pemikiran dan perilakunya sesiapa yang memilikinya. Sesungguhnya ijtihad dalam perumusan kehidupan beragama yang berkaitan dengan aqidah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keadaan tersebut. Hal itu akan dapat dicapai dengan dua jalan:

Pertama, menanamkan aqidah kepada umat manusia yang tidak percaya dengan cara yang menarik hati, iaitu kepada mereka yang dapat memperdalamkan pemahaman dengan cara yang memuaskan; khususnya terhadap orang-orang yang menerima aqidah itu secara kata-kata, yang tidak memiliki kesedaran terhadap pelbagai dimensinya yang hakiki sama ada yang berlaku secara langsung ataupun tidak juga oleh kerana sesuatu sebab tertentu. Penawaran aqidah ini merupakan salah satu cara perumusan yang hendak kita bincangkan kerana ia menyerupai rancangan yang bersumberkan kebenaran berteraskan akal yang menerima akan perintah itu. Kaedah penyampaian itu bermacam-macam dan berubah-ubah sesuai dengan perubahan keadaan dan budaya setempat, tetapi ianya harus tetap menjaga hukum-hukum aqidah yang abstrak itu supaya ianya lebih realistik dan boleh dipercayai di dalam jiwa orang yang menerima perintah itu.

Kedua, menawarkan aqidah kepada manusia setelah merasa puas, percaya dan yakin untuk dijadikan sebagai rujukan utama bagi sumber pemikiran dan perilaku mereka yang mengarahkan segala aspek kehidupan mereka, iaitu dengan mengatur isu-isu yang muncul di dalam kehidupan umat dan mengungkapkan dimensi-dimensi praktikalnya untuk berbagai-bagai hakikat kehidupan walaupun ia berupa teori asal serta mengaitkannya dengan masalah-masalah realistik yang timbul dalam kehidupan. Sehingga ianya bakal muncul sebagai pembeza yang membetulkan segala bentuk penyimpangan dalam perjalanan hidup manusia agar sesuai dengan pandangan agama Islam itu sendiri. Menawarkan aqidah dengan cara seperti ini memerlukan perumusan yang menyediakan aturan yang berkaitan dengan aqidah, yang sesuai dengan keadaan realistik yang berubah-ubah agar kehidupan beragama itu dapat berjalan selaras dengan apa yang diinginkan oleh agama.

2. Akhlaq
Akhlak ialah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud sifat, perangai atau kelakuan seseorang. Manakala mengikut Kamus Dewan, akhlak adalah hampir sama dengan pendefinisian moral. Dan segi konsepnya akhlak agak lebih luas maksudnya daripada moral. Akhlak merujuk kepada sikap seseorang tentang hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar dan haiwan. Orang yang memiliki akhlak yang baik maka baiklah hubungannya dengan Allah, baik jugalah hubungannya dengan sesama manusia dan baik hubungannya dengan haiwan dan alam sekitar.

Dalam pada itu orang yang suka menyeksa haiwan dianggap tidak berakhlak. Serta orang yang suka merosakkan keindahan alam juga dikira tidak berakhlak. Manakala orang yang suka menabur fitnah dan suka bergaduh dikira tidak berakhlak. Di samping itu juga bagi orang yang meninggalkan solat fardu dan lain-lain ibadat fardu juga dikira tidak berakhlak, malah melakukan kedurhakaan terhadap Tuhan ini semua termasuk dalam keruntuhan akhlak secara langsung.

Satu pertanyaan yang sering dibangkitkan dewasa ini adalah yang berkaitan dengan keadaan semasa yang sering mengalami berbagai-bagai krisis moral. Antaranya ialah kenapakah orang orang Melayu terlalu banyak terlibat di dalam krisis moral dan terlalu ramai yang melakukan berbagai-bagai penyelewengan akhlak sedangkan orang-orang Melayu adalah beragama Islam dan agama Islam mempunyai berbagai-bagai set nilai moral dan ajaran yang baik untuk membentuk dan dijadikan contoh tauladan untuk manusia yang bermoral dan berakhlak? Manakala junjungan besar Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik akhlak yang patut dijadikan contoh ikutan daripada kita semua, adakah kita hanya membisu dan memekakakkan telinga sahaja tentang permasalahan ini?

Pertanyaan begini sering dikemukakan di dalam masyarakat kita. Kerana dari statistik dan kajian yang dikeluarkan oleh berbagai-bagai pihak berkuasa ternyata bahawa peratusan yang tinggi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan penyakit social dalam masyarakat dan penyelewengan akhlak adalah terdiri dan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Adalah sungguh malang sekiranya perkara sebegini gagal dibendung secara totalnya.

Pertanyaan ini juga sering disuarakan di Malaysia berdasarkan hakikat bahawa zaman kebangkitan Islam yang dialami dunia Islam dan bukan Islam sejak beberapa dekad yang lalu menyaksikan Malaysia berada di tengah-tengah arus kebangkitan tersebut dan iltizam kerajaan Malaysia amatlah besar dalam merangka Islam Hadhari dan melaksanakan program-program kelslaman di dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, kepolisian, ketenteraan, belia dan sebagainya yang saban tahun melibatkan wang yang besar. Apakah program-program keagamaan ini tidak dapat menghapuskan berbagai-bagai penyelewangan dan gejala maksiat yang berlaku di kalangan masyarakat Islam di negara kita?

Persoalan ini bukanlah merupakan persoalan enteng yang boleh diabaikan begitu sahaja. Malah ianya tidaklah pula merupakan persoalan mudah yang boleh dijawab secara mudah pula tanpa menganalisis faktor-faktor sosial, psikologi, unsur-unsur pendidikan, latar belakang pengetahuan masyarakat dan sebagainya.

Dalam memberikan pendidikan agama di sekolah-sekolah dan juga di institut-institut pengajian tinggi kita, adakah pendidikan agama itu diberikan dalam bentuk dan pendekatan yang dapat menanamkan nilai-nilai murni agama dan akhlak Islam untuk dihayati oleh murid-murid dan para pelajar sebagai cara hidup mereka seharian? Adakah penerapan akhlak dihayati dengan baik, atau sekadar program selingan yang hanya untuk memenuhi waktu terluang para pelajar sahaja? Atau apakah kita hanya mengajar kanak-kanak dan para pelajar tentang agama dan ajarannya supaya mereka beragama dan mahir dalam ajaran agama sedangkan aspek-aspek moral dan nilai-nilai akhlak mereka tidak terbentuk dengan baik? Itulah hakikat yang ada pada generasi kita pada masa kini. Namun permaslahan ini sekiranya dijalankan dengan serius dan mengkaji dengan lebih terperinci maka tidak mustahil generasi kita akan lebih berakhlak dan matlamat untuk melahirkan generasi ibadurrahman (hamba yang bertaqwa dan kuat beribadah) akan tercapai.

Kita tidak seharusnya hanya menumpukan perhatian kepada pembentukan generasi baru yang beragama sahaja tanpa membentuk moral dan akhlak mereka. Pengajaran agama secara tradisional dengan ibadat sembahyang, puasa dan sebagainya dapat melahirkan generasi beragama. Akan tetapi pengajaran itu belum tentu dapat mengeluarkan orang-orang yang berakhlak. Agama haruslah diajarkan dalam satu kaedah yang menghampirkan diri kanak-kanak kepada beramal dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik.

Amalan sembahyang umpamanya yang dilakukan oleh kanak-kanak seharusnya dapat menanamkan budaya cemerlang ke dalam jiwa kanak-kanak tersebut untuk menghormati imam (ketua), menjaga kebersihan, berdisiplin, merendah diri, mengurus waktu dengan baik, dan berbagai sifat mulia lain yang seharusnya menjadi budaya dan cara hidup kanak-kanak itu.

Kehidupan kita yang beragama di dunia ini haruslah menjadi budaya hidup untuk setiap manusia. Agama bukan hanya untuk diamalkan secara individu dalam hubungan dengan Tuhan semata-mata. Malah ajaran agama mengandungi nilai-nilai akhlak yang mulia untuk dihayati oleh individu untuk kecemerlangan dirinya dan kecemerlangan interaksinya dengan orang lain.

Kita juga dapat melihat ramai orang beragama. Mereka melakukan ibadat sembahyang, puasa, umrah, haji dan sebagainya, tetapi orang-orang yang kuat beragama ini juga kadang-ladang tidak menjadi orang-orang yang berakhlak dan bermoral tinggi. Pada mereka seolah-olah agama itu merupakan amalan harian yang tidak ada kena mengena dengan cara hidup dan budaya kehidupan mereka sehari-hari. Kadang-kala mereka lakukan ibadah-iabadah wajib tetapi perkara-perkara buruk dan keji masih mereka amalkan seperti mengumpat, membuang sampah merata-rata, tidak berdisiplin, menghisap rokok dan sebagainya. Inilah yang dinamakan sebagai kehidupan beragama tetapi permasalahan akhlak diabaikan sama sekali.

Perkara utama yang hendak dibincangkan di sini ialah bagaimana pengajaran agama dan amalan agama haruslah dihayati dengan nilai-nilai akhlak yang murni, supaya agama dalam konteks yang lebih umum menjadi budaya dan cara hidup orang-orang yang beragama itu sendiri.

Manifestasi beragama biasanya dilihat di dalam ibadat khusus, tetapi tidak di dalam tutur kata, tingkah laku dan sikap seseorang itu. Kita perlu orang yang beragama dan berbudaya tinggi yang lahir dalam bentuk perangai yang baik. Malah bagi bangsa-bangsa yang mempunyai tradisi dan budaya cemerlang sejak turun temurun seperti bangsa Jepun dan Korea, dalam beberapa segi kelihatan mereka lebih banyak menghayati nilai-nilai murni dan berbudaya tinggi, walau pun ada di antara mereka yang tidak langsung mengenali sebarang ajaran agama ataupun golongan ateis (golongan yang tidak mempercayai Tuhan).

3. Ibadah
Perkataan Ibadat juga berasal daripada bahasa Arab. Kalimah asalnya ialah (‘abada) yang bererti mengabdikan diri atau melakukan ibadat. Kalimah ‘abada yang sering diterjemahkan dengan “sembah” adalah tidak tepat, kerana ia membawa konotasi yang berbeza, seperti sembah api, sembah berhala, sembah raja dan sebagainya, sedangkan sembah Allah bukan begitu bentuknya. Dan segi bahasa, ibadat bermaksud sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba terhadap tuannya atau Tuhannya. Dari segi istilah, ibadat bermaksud amalan yang dilakukan oleh seseorang untuk menjunjung perintah Tuhan dengan perasaan rela dan patuh untuk mendapat keredaan Tuhan. Orang yang tetap patuh melakukan ibadat kepada Tuhan dipanggil ‘abid.

Dalam Islam, terdapat dua jenis ibadat, iaitu ibadat formal dan ibadat tidak formal (ibadat khusus dan ibadat umum). Menurut Abul A’la (1990) ibadat khusus ialah seperti solat, puasa, zakat, haji, korban dan sebagainya. Manakala ibadat umum pula ialah seperti bekerja, menolong orang, membantu orang dalam kesusahan, berpakaian menutup aurat, menjaga kebersihan, membangunkan negara dan sebagainya. Secara amnya, segala perkara yang baik (dalam perspektif Islam) dilakukan oleh seorang hamba merupakan ibadat terhadap Tuhannya dan diberi ganjaran pahala.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan sifat jadinya manusia bermula dalam keadaan yang fitrah. Anak yang diibaratkan seperti kain putih bersih memerlukan contoh dan persekitaran yang fitrah. Ianya supaya mereka bakal menjadi remaja dan dewasa dalam iman dan takwa. Berada dan kekal dalam fitrah adalah suatu keadaan terbaik yang menjadikan manusia insan soleh dan solehah.

Manusia pada hari ini amat terdedah dengan pelbagai teladan, contoh dan persekitaran yang tidak fitrah. Yang ditonton dan dibaca, yang dilihat dan ditatap banyak terkandung bahan yang boleh merosakkan pemikiran dan sebagainya.

Yang didengar dan dirasa banyak terkandung benda yang mengasyikkan. Sebagai contoh hiburan, nyanyian yang melailaikan dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan mendorong bertindak melampaui batas. Yang dilalui, dialami dan disaksikan banyak perkara jelik serta memukau hati yang mendorong manusia memiliki fahaman duniawi tinggi, fahaman kebendaan melampau dan fahaman hedonisme (berfoya-foya secara luar biasa).

Ibadah berpuasa di bulan Ramadan sebagai contohnya adalah latihan rohani yang boleh mencetuskan perubahan hati dan jiwa. Ramai orang yang memiliki penyakit hati yang menyebabkan jiwanya mati. Lalu, melakukan kemungkaran dengan tidak merasakan bahawa yang mungkar itu mungkar. Rasa tidak berdosa ini menyebahkan manusia sering melampaui batas dan melakukan mengikut hawa nafsu yang tidak dikawal. Maka sekiranya nafsu haiwaniah (kebinatangan) lebih ketara atau lebih dominon maka sekaligus kualiti insaniah (kemanusiaan) juga akan semakin pudar.

Jika sekiranya hilang rasa ketakwaan, ianya akan menyebabkan manusia semakin jauh dengan Allah. Antara rahsia mengapa tuntutan solat, puasa, zakat dan haji dijadikan amalan penting kepada umat Islam disebabkan perlunya kita sentiasa berada dalam keadaan ketakwaan dan fitrah yang suci.

Kita mesti selalu menjalakan latihan rohaniah yang supaya ianya akan sentiasa menyegarkan ingatan dan keyakinan manusia terhadap kebaikan serta kenikmatan di dunia dan akhirat.

Ibadah solat umpamanya, dapat menjadikan manusia itu mempunyai jiwa kehambaan yang tinggi kepada Tuhannya. Jiwa kehambaan yang tinggi itu akan menjadikan orang Islam itu sentiasa tunduk dan taat kepada ajaran Tuhannya. Sebab itu, kewajipan sembahyang itu dikaitkan sebagai asas mencegah kekejian dan kemungkaran.

Manakala ibadat puasa yang dilakukan pada setiap kali Ramadan menjelma membekalkan setiap orang Islam supaya dapat mengawal diri, fikiran, hati dan nafsu. Semua ini perlulah dikawal dan dilatih supaya orang Islam tahu menggunakannya dengan betul dan amanah, kerana yang sering merosakkan manusia ialah fikirannya, rasa hatinya dan kerakusan nafsunya.

Daripada amalan zakat dan fitrah, orang Islam dilatih mengenai cara penerimaan dan pengagihan sumber harta. Islam mendidik penganutnya supaya mencari harta yang halal dan berkat. Kemudian harta itu perlu dizakatkan supaya ia dapat dibersihkan, di samping menghubungkan rasa kemanusiaan dan silaturahim umat sesama umat Islam.

Menunaikan ibadah haji pula adalah puncak dalam kehidupan seseorang insan untuk kembali ke alam fitrah. Melakukan tawaf adalah simbolik perjuangan hidup yang dilihat sebagai ibadah berputar sekitar pusat atau tumpuan kepada-Nya. Melakukan wukuf di Arafah adalah gambaran simbolik alam Mahsyar yang menempatkan manusia pada hari hisab nanti. Melontar di Jamrah adalah simbolik syaitan yang sering mengganggu manusia lari daripada fitrah.

Hikmah ibadah dalam Islam ternyata bermaksud supaya orang Islam terus berada dalam keadaan fitrah. Berada dalam keadaan fitrah bermakna berada dalam takwa. Bayangkan roh ibadah yang dimiliki oleh seseorang Islam itu menjadi panduan dalam menjalani hidup. Tentunya watak fitrah itu akan sentiasa subur dalam niat dan amalannya.

Ruhhus siyam ataupun semangat berpuasa umpamanya sentiasa menjadikan manusia berjiwa muttaqin. Orang bertakwa adalah yang takutkan balasan Allah dan memiliki insaf-keTuhanan yang tinggi. Apabila sifat takutkan azab Allah itu tinggi, manusia sudah memiliki kesedaran dan keinsafan di dunia lagi bahawa apa yang dilakukan, Ia adalah kerana Allah (ikhlas). Orang bertakwa yakin bahawa apa yang dilakukan tidak pernah terlepas daripada pemerhatian Allah.

Menerusi malaikat Kiraman-katibinNya, perbuatan kita direkodkan. Meskipun, ia bakal memberi kesan baik-buruknya di dunia, tetapi di akhirat nanti akan melalui pertimbangan yang mutlak.

Insaf-keTuhanan juga penting dalam memandu manusia supaya setiap gerak dan perbuatannya adalah dalam keinsafan bahawa Allah mengetahuinya. Ia menghasilkan daya kawal yang tinggi dan keinsafan mendalam bahawa sebagai seorang Islam, hidup ini adalah ibadah dan setiap ibadah diharapkan adanya barakah.

4. Tarbiyah - Pendidikan dan Latihan (Rohaniah dan Jasmaniah)
Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan dan latihan (Tarbiyah)? Pendidikan dan latihan ialah suatu usaha atau proses mendidik, melatih dan membentuk seseorang individu dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud proses mendidik atau perihal mendidik. Ia berasal dari akar kata “didik”. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan diterjemahkan sebagai “education”. Manakala Webster’s Dictionary mendefinisikan pendidikan sebagai:

Education is the process of educating, teaching or training; a part or a stage in this training; Learning or development which results from this process of training.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula menyatakan bahawa pendidikan itu ialah:
“proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia”.

Berdasarkan kesemua definisi yang dinyatakan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang memiliki sifat soleh ataupun solehah dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Ia juga melengkapkan tujuan kewujudan manusia di bumi ini sebagai hamba dan khalifah Allah untuk memakmurkan alam ini dengan menjadi rahmat keseluruh alam, sesuai dengan kehendak penciptanya iaitu Allah Taala.


Apakah maksud Pendidikan dan Latihan dalam Islam?

Pendidikan dan Latihan dalam Islam pula bermaksud mendidik, membentuk dan melatih potensi manusia berdasarkan ajaran Islam yang syumul ataupun yang sempurna. Abdul Halim El-Muhammady membuat definisi pendidikan dan Latihan dalam Islam sebagai berikut:

“Pendidikan dan Latihan dalam Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al-Salih serta ilmuan muktabar, untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat”.

Dalam definisi lain, Abdul Halim Hj. Mat Diah pula menyatakan bahawa:

“Pendidikan dan Latihan dalam Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran Islam”.

Manakala pendefinisi yang diberikan oleh Burlian Somad mengenai pendidikan Islam. Katanya:

“Pendidikan dan Latihan dalam Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam. Pendidikan dan Latihan dalam Islam juga membentuk rasa anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjah hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa saja yang dimiliki untuk keperluan penjuangan kerana Allah”.

Empat Pemeringkatan Membersihkan Jiwa Raga

1. Taubat
2. Muraqabah
3. Muhasabah
4. Mujahadah


Kebahagiaan seseorang Muslim banyak bergantung kepada bagaimana dia membersihkan jiwa raganya. Manakala kecelakaan bagi dirinya juga terjadi apabila jiwa tidak dipelihara dan dicemari oIeh perkara keji dan kotor. Al-Quran ada menegaskan perkara ini melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadi dirinya yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)”
(As-Syams:9-10).

Rasulullah s.a.w. bersabda

“Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan.” Sahabat bertanya “Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku, mereka itulah yang enggan.

Persoalannya sekarang, apakah itu jiwa? Menurut Kamus Dewan (1998:540), jiwa merupakan nyawa, roh dan unsur batin seperti perasaan, fikiran dan cita-cita yang terkandung dalam hati manusia. Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa, bagi mencapai matlamat hidup untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, harus menuruti beberapa langkah seperti berikut:

1. Taubat
Ia bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah berfirman yang bermaksud: ”Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. (At-Tahrim:8). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.

2. Muraqabah
Ia bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Allah pada setiap detik dan ketika dan berasa yakin bahawa hanya Allah yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Apabila seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah dan berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar Ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah Ia akan sentiasa ingat dan berwaspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak. Allah s.w.t. berfirman yang bennaksud: Dan sesiapa yang berserah diri bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman:22).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu. Berkata seorang daripada para salaf as-soleh, iaitu Sufyan as- Sauri: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendak kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”

3. Muhasabah
Ia bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah kemaksiatan. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka bersegeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat, menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr:18)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan, dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai?

4. Mujahadah
Ia bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan barangsiapa yang bermujahadah, maka dia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik-baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan juang dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.

Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya dia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Dia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya dia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting. Seperti kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa dalam setiap diri. Apakala seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.

Dengan dua senjata inilah, maka seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejahiIan yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau kita takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimunkai Allah.

Oleh yang demikian, belajarlah tentang akidah keimanan yang berhubung dengan peningkat-peringkat iman, benteng-benteng iman dan Iain-lain lagi. Lengkapkan diri dengan ilmu agama, sekurang-kurangnya ilmu fandu ain yang diwajibkan kepada setiap orang yang mengaku Islam untuk dijadikan pedoman dalam hidup kita. Pastikan kita kenal dan tahu membezakan apa yang betul dan apa yang salah yang hendak kita lakukan. Hanya itulah sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada segala kemungkaran dan kefasikan di dunia yang penuh ujian dan cabaran ini.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya. (An-Naazi’at (79) 40-41).

Oleh: Muhamad Fazil Ahmad

No comments:

Post a Comment

Popular Posts