PENGALAMAN & KERJAYA

MUHAMAD FAZIL HJ. AHMAD

Idola: Nabi Muhammad S.A.W

E-mail: islah_project@yahoo.com

3 Ogos 1979

Temerloh, Pahang


Education Background:

Doctorate - PhD. Communication - Branding (UPM) - 2013

Master in Communication - M.A.HSc. (Comm. UIA) - 2006

Bachelor in Comparative Religion and Communication (hons.) (UIA) – 2003


Career Background:

Senior Lecturer DS51 Faculty of Applied Social Sciences - UniSZA

Ahli Jawatankuasa Projek FRGS B-F1 “Branding Index”

Manager Student Activities and Alumni Department.

Manager Graduate Affairs Department, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Tim. Dekan Pusat Bahasa Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Kordinator Fakultas Komunikasi, Universitas Islam Antarabangsa Jakarta

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Pensyarah Technology Park Malaysia College

Penasihat, Kelab Debat dan Komunikasi Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Penasihat, IIC Alumni Association

Pengarah Istiadat Convokesyen 2008-2010, IIC

Penceramah, Motivasi di Eastana Event & Consultancy

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Wilayah KL

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Penceramah, "Program Empower", East Coast Economic Region (ECER)

Penceramah, Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia. ECER Hulu Terengganu

Pengacara Rancangan TV "Chef Halal" (2012)

Jurucakap Produk Kesihatan SayHeart Singapore (2011)

Jurucakap Produk KOFAZ (2009/2010) – All One

Ahli Kumpulan Nasyid All One

Calon bagi Anugerah Industri Muzik Ke-16 - All One

Calon bagi Anugerah Nasyeed.Com - All One


Research Projects:

(1) FRGS Project (BF1) (2010 – 2011) – “Developing a new branding index in corporate communication for an Asian country” (Research Assistant).

(2) Research (2009 -2012) – “Leveraging country's reputation and nation brand index in Bandar Melaka: Potential strategies for developing Malaysian’s city brand index”.

(3) Project (2010): “Measuring Determinant of City Brand for Institutionalizing Strategic Communication: A Study of Malacca City”.

(4) Ph.D Proposal Dissertation (2010): “Measuring Determinants of City Brand: Investigating the Antecedents of Perceived Brand Personality Scale in Bandar Melaka (Bandaraya Bersejarah)

(5) New Research Project (2013 - 2014) – “Identifying the Determinant Attributes of Halal Brands Index (HBI) that Influence the Corporate Marketing Communication (CMC) in Malaysian Market”.

(6) New Research Project (2014) – “The upcoming of innovation: Integrating Technology and Human personality”.


Conferences and Proceedings:

(1) Zakiah, M. Othman, I. & Ahmad, M.F. (2010). “Halal Business Corporate Social Responsibility”. International University Social Responsibility Conference & Exhibition - IUSRCE 2010, PWTC Kuala Lumpur, UTM Skudai, Johor, Malaysia.

(2) Ahmad, M.F. & Abdullah. Z (2011). “Measuring Determinants of City Brand: A Varification Approach in the Corporate Communication Perspective in Malacca City”. MENTION 2011, UKM Bangi. Selangor, Malaysia.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z., Ezhar Tamam & Jusang Bulong (2012). “City Brand: An Application of Brand Personality Scale to Bandar Melaka”. 21st AMIC Annual Conference 2012, Concorde Hotel, Shah Alam, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(4) Ahmad, M.F., (2013). “The Stakeholder Interpretation of City Brand Personality Determinant for Strategic Communication”. Seminar Hasil Peyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi 2013 - Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2 & 3 July 2013 at EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok, Kedah, Malaysia.

(5) Ahmad, M.F., (2013). “The Antecedents of Halal Brand Personality in Malaysian Takaful Industry: A Preliminary Review”. 1st Insurance and Takaful International Symposium. 7th - 8th October 2013 at Puri Pujangga UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

(6) Ahmad, M.F., (2013). “CSR implementation in Islamic Philanthropy: A Preliminary Review of Halal Brand Personality Concept in Malaysian Takaful Industry”. World Universities Islamic Philanthropy Conference 2013. 4th – 5th December 2013 at Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(7) Ahmad, M.F., (2013). “The Issues of Future Innovation: Integrating Technology and Human Personality for Reputation Management”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(8) Ahmad, M.F., (2013). “The Role of Halal Brand Personality Determinant in Malaysian Takaful Industry”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(9) Ahmad, M.F., (2013). Halalan Taiyyban: The Application of Brand Personality in Malaysian Food Industry”. International Conference on Halal Global 2013. 15th – 16th December 2013 at Perdana Hotel, Kota Bharu Kelantan, UiTM Machang, Kelantan, Malaysia.


Publications:

(1) Ahmad, M.F. (2006). Communication Technology and Organizational Performance: An Analysis of The IIUM Community’s Web Sites Usage and Perceptions. Research in Master Thesis IIUM Library. IIUM.

(2) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Determinant Attributes of City Brand Personality That Influence Strategic Communication. Canadian Social Science. Canadian Academy of Oriental and Occidental Culture. Vol. 9 No.2.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). An Application of Brand Personality to City Brand for Strategic Communication. International Journal of Social Science Tomorrow. Society for Promoting International. Vol. 2 No.5.

(4) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Involving Internal Stakeholders in Developing City Brand Personality for Strategic Communication. Asian Social Science. Vol. 9 No.10.


Editorial Board Members:

(1) Editorial Board Members for the Journal of Basic and Applied Scientific Research – [ISI-Thomson] (13th November 2013), International Society Applied Sciences, Cairo, Egypt & United States of America (USA). - Global Impact Factor = 0.432


Invitation to Paper Review:

(1) Reviewer for the Journal of Place Management and Development – [Emerald insight Journal] (10th September 2013), Institute of Place Management, 1 Queen Anne's Gate, Westminster, London.


My Inspiration:

“The comprehensive excellence achievement is balancing of our life journey”

-Fazil, 2009-


“The requirement of comprehensive excellence achieved is balancing of our life journey” -Fazil, 2009-

TEACHING SPECIALIZATION:

1) Public Relations

2) Corporate Communication

3) Advertising

4) Branding & Reputation

5) Crisis Communication

6) Public Opinion & Propaganda

7) Islamic Studies

8) Moral Studies

9) English Language



Convo UIA'08

Thursday, April 15, 2010

ISLAM DAN PERNIAGAAN

Dalam Islam terdapat pengajaran yang menyatakan ‘sembilan persepuluh dari rezeki itu ada dalam perniagaan’. Ini bererti jika kita ingin mendapat kesenangan hidup, perniagaan adalah salah satu jalan yang tercepat untuk menuju ke arah itu. Islam menggalakkan umatnya bergiat dalam bidang perniagaan agar umat Islam dapat menjadi umat yang mempunyai kekuatan ekonomi dan disegani di mata dunia. Golongan Islam yang kaya ini juga diharapkan dapat menggunakan kekayaan mereka demi kesejahteraan manusia keseluruhannya.

Tauhid menganjur budaya niaga yang berpaksi kepada nilai keadilan dan kerjasama. Ia mengutamakan nilai kemanusiaan sejagat tersebut dan undang tabii. Oleh itu urusan perniagaan hendaklah dijayakan dalam konteks untuk mewujud satu tamadun yang mulia dan bukan untuk mewujud budaya rakus yang mencari peluang untuk mengumpul kekayaan diri melalui penindasan dengan mengambil jalan sependek mungkin. Budaya niaga Islam yang progresif mempunyai ciri berikut:

Pertama, oleh kerana berkecimpung dalam perniagaan dianggap sebagai tuntutan keagamaan dan ibadah, organisasi dan peniaga Muslim seharusnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi perniagaannya. Kualiti prestasi perniagaan adalah sebagai nilai positif yang sentiasa mampu dimajukan. Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya semoga mempertingkatkan kualiti perniagaan adalah usaha yang berterusan untuk kesemua lapisan masyarakat Islam.

Budaya niaga Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman (built in mechanism) iaitu menghubungkan usaha dan menjalani perniagaan sebagai tuntutan keagamaan. Keimanan dan prestasi perniagaan adalah mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Bagi seseorang peniaga Muslim yang ingin menghayati Islam, beliau seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi niaga dari masa ke semasa.

Nabi S.A.W. pernah bersabda dengan maksud:

“Seseorang pekerja apabila diberikan tugas maka hendaklah ia laksanakan dengan secemerlang yang mungkin”

Mekanisme dalaman ini yang sepatutnya memotivasikan peniaga Muslim. Tetapi pada realiti semasa, peniaga Muslim tidak memahami Islam secara menyeluruh dan melihat amalan perniagaan sebagai sesuatu yang terpisah dari paksi keagamaan.

Kedua, menepati semangat tauhid yang menganjurkan bahawa faktor-faktor yang terdapat dalam diri manusia berada dalam satu kesatuan, peniaga Muslim seharusnya menjaga dan mempertingkatkan akhlak dirinya dalam menjalani amalan perniagaannya. Peningkatan prestasi niaga harus disusuli oleh peningkatan akhlak peniaga.

Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang positif dan dinamik. Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak yang positif kepada kemajuan perniagaan dari semua dimensi. Oleh itu, agama menuntut umatnya supaya sentiasa kreatif dan bersikap proaktif. Tanpa budaya akhlak yang tinggi prestasi niaga akan menghadapi kemelesetan.

Ketiga, budaya perniagaan Islam memberi tekanan yang tinggi kepada disiplin. Umat Islam yang melalui penghayatan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji sepatutnya memiliki disiplin yang tinggi. Masyarakat tanpa disiplin akan pasti menghadapi krisis kemanusiaan.

Islam memberi perhatian khusus tentang pengurusan kuasa, masa dan sumber pembuatan. Islam mengutuk dengan sekerasnya kepada mereka yang tidak mengguna kuasa (authority) dengan efektif dan menghormati masa (Surah Al’Asr). Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengeluaran dan penggunaan. Allah menghubung-kait mereka yang membazir sama dengan amalan syaitan.

Keempat, menepati semangat tauhid yang menganjurkan kepada kesatuan dalam matlamat dan penghayatan roh syura dalam tindakan bermasyarakat, Islam menganjur kepada budaya niaga secara bermuafakat dan berpasukan.

Bagi Islam, pada fitrahnya keberkesanan dalam menjalani perniagaan akan tercapai melalui semangat berniaga secara bermuafakat dan berpasukan. Semangat ini secara tidak langsung diberi perhatian yang utama oleh budaya masyarakat Jepun. Kaedah pendekatan pengurusan perniagaan dalam masyarakat Jepun itu bergantung dengan tegas kepada penentangan pandangan hidup yang berasas nilai individualisme masyarakat Barat. Tradisi kefahaman masyarakat Jepun menyakini bahawa kehidupan bermasyarakat adalah lebih menjamin kepada kejayaan daripada keutamaan hidup secara individu. Keutamaan kepada hidup berkelompok ini mendasari pendekatan pengurusan amalan perniagaan Jepun.

Islam berkeyakinan kesemua urusan manusia termasuk perniagaan akan membawa hasil yang cemerlang pada hakikat yang sebenar dan berkekalan jika ia menepati nilai kemanusiaan. Fitrah kemanusiaan adalah nilai yang sentiasa berkekalan selagi manusia tetap manusia. Hanya penyusunan dan teknik menjalani urusan perniagaan yang dinamik bersesuaian dengan keadaan perubahan masa dan tempat perlu dipelajari dan bangsa yang maju dan diubah suai mengikut keadaan tempatan jika perlu.

Islam tidak sekadar menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam perniagaan tetapi juga memberi beberapa garis panduan tentang bagaimana perniagaan seharusnya berlaku.

Pertama, di dalam Al-Quran, Surah An-Nisaa’, ayat 29 disebut bahawa perniagaan atau jualbeli harus berlaku secara suka sama suka antara kedua belah pihak, pembeli dan penjual. Menurut Islam, perniagaan yang baik harus berdasarkan kepada kebajikan kedua belah pihak. Oleh itu, penjual harus meletakkan harga barang dan perkhidmatan sesuai dengan nilai barang tersebut, manakala pembeli tidak harus meminta harga barang diturunkan kurang dari nilai barang itu yang sebenarnya. Dalam kata lain, jualbeli tidak sepatutnya berlaku melalui penipuan, paksaan mahupun pengambilan kesempatan di atas kesempitan hidup orang lain.

Sehubungan dengan itu, dalam Surah Al-A’raaf, ayat 85, Allah mewajibkan supaya para peniaga menyempurnakan sukatan dan timbangan ketika berurusniaga. ini bagi mengelakkan para peniaga dari menipu para pembeli dengan mengurangkan sukatan ketika para pembeli membeli sesuatu darinya.

Kewajipan berurusniaga dengan jujur dan adil ini diikuti pula dengan amaran bagi mereka yang enggan mematuhi peraturan perniagaan tersebut. Dalam Surah Al-Mutaffifiin, ayat 1-3, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kecelakaan akan menimpa peniaga yang curang dengan timbangan dan sukatan ini. Amaran keras ini bertujuan untuk menjaga kesejahteraan penjual dan pembeli khasnya dan masyarakat umumnya. Penjual yang menipu pembeli mungkin akan terlepas dan hukuman undang-undang sekiranya pembeli tidak sedar bahawa dirinya telah tertipu. Dalam kes ini, penjual akan untung. Mungkin juga pembeli sedar, tetapi malas untuk bertindak. Dalam kes ini, penjual masih untung, tetapi pembeli secara sedar telah rugi. Kesedaran pembeli bahawa dirinya sudah tertipu berkemungkinan akan menyebabkan peniaga tadi kehilangan seorang pelanggan. Namun, lebih malang lagi jika pembeli tadi melaporkan penipuan peniaga ke pihak yang berwajib. Peniaga mungkin akan dikenakan denda atau lesennya digantung. Demi menjaga kesejahteraan kedua belah pihak inilah Islam melarang keras perbuatan-perbuatan yang tidak jujur ketika berurusniaga.

Dalam menggalakkan umatnya berniaga, Islam melarang keras umatnya dan mengamalkan riba. Ini disebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 275. Secara ringkas, riba merujuk kepada keuntungan dan pinjaman yang kita berikan kepada si peminjam. Misalnya, A meminjam sebanyak RM 1.00 dari B. B memberi pinjaman tersebut dengan syarat A memulangkan pinjaman tersebut dengan jumlah RM 1.20. Duapuluh sen ini adalah wang hasil dari amalan riba. Amalan ini dilarang kerana keuntungan yang diperolehi adalah hasil dari kesusahan orang lain. Dalam kata lain, kita mengambil kesempatan dari kesempitan hidup orang lain. Prinsip ini dilarang keras oleh Islam.

Dalam mengikat kontrak antara pihak yang berurusniaga pula, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa kontrak itu hendaklah dibuat sejelas yang mungkin, dan segi barang yang diniagakan, harganya, tempoh bayarannya dan seumpamanya. Ini bagi mengelakkan kerugian bagi mana mana pihak. Islam melarang kita daripada mengambil ringan tentang kontrak jualbeli ini. Ia adalah perkara yang serius yang perlu diambilberat walau dengan siapa sahaja kita berurusan, baik orang luar, kawan-kawan, mahupun keluarga sendiri.

Islam juga melarang daripada urusniaga yang tidak didefinisikan (undefined transaction). Penjualan buah-buahan sebelum ianya cukup masak untuk ditaksirkan keadaannya boleh merugikan pembeli kerana ia mungkin akan diminta membayar lebih dari nilai sebenar buah-buahan tersebut.

Walaupun Islam menggalakkan umatnya bergiat dalam perniagaan namun galakan ini tidak mengatasi kewajiban beribadat kepada Allah. Dalam Surah Al-Jumu’ah, ayat 9-10, Allah S.W.T. menyeru supaya umatnya meninggalkan apa sahaja kegiatan mereka, termasuklah urusan berjualbeli demi menunaikan sembahyang Jumaat. Apabila selesai menunaikan kewajipan ini, segeralah menyambung semula kegiatan yang terhenti tadi. Ini merupakan satu contoh di mana Islam tidak sesekali memisahkan unsur keduniaan dan keakhiratan. Islam sentiasa mengambil pendekatan yang bersepadu dalam apa jua urusan.

Berniaga ini amat digalakkan dalam Islam sehinggakan para peniaga dibenarkan berniaga sambil mengerjakan fardhu Haji di Makkah, asal sahaja mereka mengikuti syarat-yarat ataupun rukun-rukun Haji itu.

Sebagai kesimpulannya, Islam menggalakkan umatnya berkecimpung dalam bidang perniagaan. Namun, untuk berjaya dalam bidang ini, Islam telah menggariskan beberapa amalan yang perlu dipatuhi. Amalan ini bertitik tolak daripada sifat jujur dan amanah kedua pihak, pembeli dan penjual, demi kesejahteraan keduanya dan masyarakat. Para peniaga juga tidak seharusnya dihantui oleh keinginan untuk mengaut keuntungan sehingga sanggup mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain. Apa yang lebih penting lagi, peniaga tidak sepatutnya dilalaikan oleh perniagaannya sehingga melupakan kewajipannya terhadap Allah S.W.T.

Saturday, March 27, 2010

ANDALAH JUARA !!!

Menjadi JUARA adalah impian setiap makhluk bergelar manusia. Adakah aku adalah juara?. Adakah aku dikatakan juara? Bagaimanakah aku boleh mempertahankan kejuaraanku? Sudah bersediakah aku menpertahankan kejuaraan ini? Dengan ini, nyatalah kita tertanya-tanya jika benar aku dikatakan juara mana mungkin aku masih lagi di takuk lama.

Persoalannya bagaimanakah kita boleh digelar seorang juara? Apakah aku benar-benar juara?. Jawapan yang paling tepat untuk menjawab persoalan ini mungkin mengejutkan anda. Tanpa ragu-ragu lagi jawapannya adalah YA!. Anda adalah JUARA! Itulah ungkapan keramat yang paling sesuai untuk diri anda dan bagi setiap manusia. Setiap manusia sudah pasti dilahirkan untuk menjadi juara kerana sejak daripada awal proses kejadian hinggalah kelahiran, anda adalah dilabelkan sebagai seorang yang kuat, gagah, tabah, bijak, berani, tekun dan sebagainya. Ini kerana anda adalah seorang manusia yang pada asalnya daripada 200 juta sperma yang terhasil daripada hubungan kedua-dua ibubapa anda. Ya! 200 juta sperma yang berenang-renang dan bersaing untuk bercantum dengan benih dan kemudian anda berjaya bertemu di dalam rahim dan seterusnya anda menjadi seorang manusia (bayi). Anda telah mengalahkan 199,999,999 sperma lain, lihatlah betapa kuat dan yakinnya anda!. Bayangkan anda boleh mengalahkan sebegitu besar jumlah saingan anda secara berseorangan.

Apa yang menjadi kekesalan adalah apabila anda telah dilahirkan kedunia dan menjalani proses menjadi dewasa apa yang berlaku ialah semakin lama anda menjadi semakin penakut dan pengecut, menjadi lemah dan hilang semangat, tidak lagi berani bersaing serta kurang keyakinan. Mungkin semua ini terjadi disebabkan pengaruh proses persekitaran dan asuhan yang anda terima sewaktu anda membesar. Keluarga, rakan-rakan, guru-guru, biasanya lebih suka memarahi dan mengkritik setiap kali kita membuat kesilapan. Rakan-rakan lebih mudah mentertawakan kita apabila kita membuat sesuatu kesilapan sebagai contoh apabila kita dikatakan menanyakan soalan yang dianggap bodoh, sedangkan tiada satupun soalan boleh dianggap bodoh sekiranya kita benar-benar tidak mengetahui sesuatu.

Di dalam proses pendidikan pula kita sepatutnya dididik serta diberi tunjuk ajar juga tauladan yang baik supaya boleh terdorong untuk melakukan hal yang sama kelak dan menjadikan kita lebih berani serta berdaya saing. Oleh kerana ada perasaan takut, tidak berani berterus terang dan bersikap tidak yakin, maka seringkali manusia belajar menjadi penipu dan dengan itu mereka juga telah membina sikap yang hanya lebih mementingkan diri sendiri dari bersikap tolong menolong.

Sewaktu anda dilahirkan, anda adalah bersih seperti kain putih tanpa sebarang corak. Maka ibubapalah yang mencorakkan akan rona-rona warna pada kehidupan kita kelak. Oleh kerana ibubapa kadangkala terlalu memanjakan kita hingga tidak dibenarkan melakukan sesuatu yang agak kasar kerana bimbangkan sesuatu yang buruk berlaku, tindakan ini juga adalah salah cara mengajar kita menjadi penakut dan pesimis.

Bagi masyarakat kita, kepercayaan karut-marut menjadi satu kepercayaan. Adakalanya kita telah ditakut-takutkan dengan hantu yang sebenarnya tidak wujud, sehingga telah menyebabkan manusia berperasaan ianya benar-benar wujud. Maka munculah syaitan yang menjelma sebagai hantu yang digambarkan dan kita telah menjadi benar-benar takut kepada benda yang tidak wujud. Sikap tersebut akhirnya terbina dengan kukuh di dalam diri kita sehinggakan untuk melakukan sesuatu perkara pun kita tidak mempunyai keberanian dan keyakinan diri. Perkara itu boleh berlanjutan menjadi kebiasaan di dalam kehidupan kita seharian sehinggakan kita selalu merasa bimbang dan takut untuk membuat itu dan ini. Ini kerana kita belum tahu apa yang akan berlaku. Sedangkan sesuatu perkara atau hajat tidak akan terjadi jika kita tidak melakukanya, sebaliknya jika perkara tersebut dilakukan dengan dirancang terlebih dahulu dan dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah disusun atau diatur ia boleh dilakukan dengan jayanya.

Oleh sebab yang demikianlah pakar-pakar motivasi mengesyorkan agar hidup kita dirancang dengan teliti dan menggunakan masa dengan bijaksana. Insya Allah semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika anda tidak ada matlamat dalam hidup anda, maka samalah seperti anda berjalan teraba-raba di dalam gelap. Atau anda mahu pergi kesesuatu tempat tetapi destinasinya anda tidak begitu pasti kerana ianya masih lagi samar-samar di dalam fikiran anda. Sebagai contoh, anda ingin ke pasar untuk membeli keperluan untuk mencuba resepi baru iaitu memasak nasi minyak, tetapi anda tidak menyediakan senarai barangan yang ingin anda beli, anda dengan yakin terus ke pasaraya dengan mengambil apa sahaja bahan-bahan yang anda rasakan ia adalah bahan-bahan untuk memasak nasi minyak. Akhirnya apa yang terjadi mungkin anda ingin menukar resepi dengan memasak nasi air sahaja atau pun anda mungkin membatalkan percubaan anda untuk mencuba resepi nasi minyak. Di sebabkan matlamat yang anda gariskan tidak jelas dan tidak disusun-atur dengan baik maka matlamat yang hendak dicapai adalah tidak menepati sasaran malahan terpesong pula.

Begitu juga dengan kehidupan kita, jika ianya tidak dirancang dengan betul kita tidak akan mengarah kemana-mana. Matlamat yang samar menyebabkan seseorang itu akan menjalani kehidupan yang serupa tanpa ada sebarang perubahan, kalau ada sedikit perubahan ke arah kebaikan itu tidak mengapa, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mana mungkin untuk maju di dalam kehidupan jika hari-hari bila balik dari melakukan kerja/belajar hanya sekadar berbaring-baring, sambil bermalas-malas atau pergi keluar berjumpa kawan-kawan di tempat-tempat lepak, warung atau di simpang-simpang jalan. Bagaimana ingin berjaya, jika hanya berangan-angan sahaja tetapi perkara yang diangankan hanyalah seperti belon, harap sahaja nampak besar tetapi "angin sahaja". Kalau begitulah sikap yang anda ada, cubalah ubah dengan segera, jika anda suka duduk bersembang dengan rakan-rakan sambil membuang masa cuba kurangkan masanya sedikit demi sedikit demi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Wednesday, March 10, 2010

‘Bahasa Inggeris dan Era Globalisasi’

Bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang amat penting dewasa ini. Malahan kerajaan telah menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak akan maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain jika tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Di kalangan mahasiswa juga ramai yang masih belum boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik dan apabila mereka ingin mencari perkerjaan serta mendapat tawaran untuk menghadiri temuduga, mereka tidak dapat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka gagal untuk bersaing di pasaran pekerjaan negara.
Saya terpanggil untuk berbicara tentang tajuk “Bahasa Inggeris dan Era Globalisasi’. Kerana adalah menjadi tanggungjawab sosial saya berkongsi idea dan maklumat bersama-sama anda dalam menjayakan Islah Intelligent Program dan juga dalam usaha kerajaan menjadikan negara Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, saya amat yakin bahawa penggunaan Bahasa Inggeris adalah sebahagian daripada pemangkin kearah memperkasa generasi baru berilmu dan mampu.
Biarlah saya jelaskan bahawa tujuan saya menjalankan kursus Bahasa Inggeris Bersepadu secara online ini adalah ingin menzahirkan kebanggaan saya sebagai seorang Melayu yang mempunyai jati-diri yang tebal sepertimana tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekalian. Seperti Hang Tuah, saya percaya tidak akan hilang Melayu di dunia ini.
Seperti Hang Jebat, saya mampu memberontak melihat bangsa sendiri ditindas. Seperti Munsyi Abdullah, saya akur dengan hakikat bahawa bangsa kita harus membuka minda dan belajar sesuatu yang baru, lagi asing.
Pertama sekali, izinkan saya menghurai apa yang dimaksud: sebagai Globalisasi. “Globalisasi merupakan istilah yang merujuk kepada suatu fenomenon antarabangsa yang menggerakkan modal, barangan, manusia, buruh, gagasan, kemahiran, nilai, ilmu, idea dan sebagainya tanpa menghiraukan sempadan negara dengan kadar yang amat pantas. Pergerakan ini yang menjadikan dunia suatu kampung global atau a global village. Ia dimungkinkan oleh kemajuan teknologi, khususnya di dalam bidang maklumat dan komunikasi”.
Globalisasi ini boleh dikesan di dalam tiga arena kehidupan iaitu pertama: Globalisasi Ekonomi yang mengacu kepada pengaturan global dalam pengeluaran modal, barang dan khidmat, pertukarannya, penyebarannya, dan penggunaannya.
Kedua, Globalisasi Politik yang mengacu kepada pengaturan global dalam pemusatan dan penerapan kekuasaan dan transformasi yang dapat mengakibatkan wujudnya kawalan atas sesuatu penduduk dan wilayah. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut tentang globalisasi ekonomi dalam krisis kewangan yang dialami negara pada pertengahan tahun 1997 dan globalisasi politik ini dipaparkan di dalam ancaman neo-kolonialisme.
Ketiga, Globalisasi Budaya atau juga disebut Globalisasi McDonalds yang merujuk kepada pengaturan global dalam penghasilan lambang yang mewakili fakta, makna hidup, kepercayaan, kesukaan, selera, dan nilai, serta pertukarannya dan pengungkapannya. Sepertimana Harry Potter menghantui daya imaginasi remaja kita tidak lama dahulu, saya dapat bayangkan dalam masa cuti sekolah yang singkat ini juga Ikan Nemo dari filem Walt Disney “AVATAR” akan menguasai daya imaginasi kanak-kanak malah golongan dewasa Malaysia.
Dalam ketiga-tiga hal ini, globalisasi itu dilihat sebagai social process in which the constraints of geography on social and cultural arrangements recode. Dalam kata lain, globalisasi merupakan proses sosial yang membuat masyarakat Negara atau sesuatu bangsa menjadi semakin saling terhubung atau integrated di dalam bidang ekonomi, politik dan budaya.
Saya tidak fikir globalisasi ini dapat dielakkan. Seperti negara-negara lain, Malaysia sedang berusaha bersungguh-sungguh merebut faedah kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam era globalisasi supaya dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Kita sedang dilanda arus globalisasi dan untuk memastikan kita tidak ditenggelamkan oleh arus ini, kita perlu menjadi bangsa yang mempunyai daya saing yang tinggi atau competitiveness.
Apa yang penting ialah keunggulan persaingan ini ialah keunggulan yang memungkinkan bangsa itu dapat bersaing dengan bangsa lain dan menang, iaitu to compete and win, bukan bersaing untuk dikalahkan dan disepak-terajang ke tepi jalanan.
Maruah dan jati diri bangsa Melayu itu bukan sahaja bergantung semata-mata kepada penghayatan dan penerapan budaya Melayu dan agama Islam. Maruah dan jati din bangsa Malayu turut bergantung kepada penguasaannya terhadap ilmu pengetahuan, ilmu sains dan selok-belok teknologi terkini.
Persoalannya: Bagaimana kita dapat memiliki keunggulan persaingan itu? Saya kira jalan yang paling logik adalah dengan, mengembangkan sumber daya dan ilmu pengetahuan manusia selengkap-lengkapnya hingga bangsa itu secara keseluruhan berkualiti sangat tinggi. Ini memerlukan kita mengubah perilaku bangsa kita hingga dapat berdaya saing tinggi. la memerlukan disiplin, minda yang terbuka dan penguasaan bahasa Inggeris tanpa membelakangkan bahasa ibunda.
Hakikatnya, Bahasa Inggeris ialah bahasa dunia, bahasa antarabangsa par- excellence, bahasa sains, bahasa teknologi maklumat dan komunikasi, bahasa perhubungan luas (language of wider communication) dan jendela dunia (window onto the world).
Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam era globalisasi tidak dapat menghapuskan setiap aspek kebudayaan dan keagamaan masyarakat dan menggantikannya dengan kebudayaan Barat. Integrasi di dalam era globalisasi tidak semestinya menjadi asimilasi kepada budaya Amerika. Suatu bangsa yang mempunyai self-esteem atau jati diri yang tinggi, daya saing yang tinggi dan self-confidence atau keyakinan diri secara kolektif mampu mengambil yang terbaik dalam proses globalisasi dan membuang yang tidak baik. Tetapi, kesemua ini menuntut kita menguasai ilmu pengetahuan secara mendalam.
Sesetengah pihak beranggapan penggunaan Bahasa Inggeris itu ialah suatu bentuk imperialisme. Apakah hilang melayu di dunia ini kerana tidak berbicara di dalam bahasa ibunda? Apakah keMelayuan kita, keMalaysiaan dan kekitaan kita tergugat jika kita mengguna Bahasa Inggeris?
Saya bersetuju bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Saya akur bahawa bahasa ialah nadi kepada nyawa masyarakat yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda. Tetapi bukankah bahasa dan martabat bangsa itu menjadi lebih kaya jika keintelektualan bangsa Melayu ditinggikan menerusi penimbaan dan penguasaan ilmu dan teknologi serta penguasaan competitive edge atau kelebihan daya saing pada skala global.
Cubalah sedaya mana tetapi usaha mencipta bangsa yang moden dan maju tidak akan berhasil jika kita membataskan saranan pemerolehan ilmu dan teknologi itu hanya pada Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris harus dijadikan alat untuk mengembangkan Bahasa Melayu menjadi bahasa moden dan alat untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi moden bagi pembangunan nasional. penguasaan Bahasa Inggeris yang disarankan kerajaan tidak bermaksud Bahasa Inggeris mengambil alih fungsi Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa. Penguasaan Bahasa Arab dapat mendukung wacana keagamaan di dalam Bangsa Melayu manakala Bahasa Inggeris dapat mengembangkan wadah ilmu bangsa dan negara kita.
Janganlah kita terikat dengan pemahaman jati diri yang sempit. Sikap atau attitude bangsa dalam menghadapi cabaran, mengisi visi atau wawasan masa depan dan peranan di dalam percaturan politik dan ekonomi dunia turut memberikan sosok jati diri sebenar kepada bangsa kita. Maka saya berharap anda semua dapat memanfaatkan segala ilmu yang termaktub di dalam kursus Bahasa Inggeris Bersepadu secara online ini dengan sebaik mungkin. Dengan usaha yang gigih dan jitu tidak mustahil anda akan mengecapi kejayaan yang diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam...
Oleh : Muhamad Fazil bin Haji Ahmad
[B.A (Hons.), M.A. H.sc. Communication UIAM]
[PhD. Candidate Corporate Communication UPM]

Saturday, March 6, 2010

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA DALAM MENGURUSKAN MASA

1. Futuristik
2. Berwawasan
3. Sabar
4. Berkorban
5. Dedikasi
6. Realistik
7. Berdisiplin

Buat rancangan jangka panjang untuk minggu, bulan dan tahun tersebut.

PENGURUSAN MASA

1. Takrif.
Bagimana kita merancang dan melaksanakan penggunaan masa secara optimum dalam mengatur setiap kegiatan harian kita agar mencapai matlamat, manfaat dan keputusan yang maksimum lagi positif.

Pengurusan masa mempunyai dua komponen yang utama iaitu perancangan dan pelaksanaan.

2. Perancangan.
Bagaimana kita menyusun sesuatu perkara atau aktiviti secara sistematik supaya dapat dilaksananakan dengan baik.

3. Pelaksanaan.
Proses membuat sesuatu perkara berdasarkan perancang yang telah ditetapkan.

Pengurusan masa melibatkan proses mengenal pasti apakah aktiviti-aktiviti yang akan dan perlu dilakukan dalam sehari / seminggu / sebulan atau setahun dan seterusnya lalu merancang bagaimana ia akan dilaksanakan dengan cara yang bersistematik (tersutur) = susun teratur, dan berkesan selaras dengan masa yang ada agar mendapat keputusan, yang diajari.

Aktiviti seharian seorang pelajar (contoh)

1. Beribadah.
2. Belajar.
3. Beriadhah.
4. Bermasyarakat / bersosial / berpesatuan.
5. Tidur / rehat.
6. Khidmat diri.
7. Muhasabah.

Oleh itu. pengurusan masa bagi seorang pelajar ialah bagaimana kita mengatur-urus perkara-perkara yang tersebut dalam kehidupan seharian seterusnya melaksanakannya dengan berkesan.

Saturday, February 27, 2010

AMALAN BERGUNA UNTUK BERJAYA

Di samping mendapatkan kejayaan yang cemerlang di sini kami tampilkan panduan amalan Mukmin dan Mukminat yang InsyaAllah akan menjadi panduan ke atas usaha dan kejayaan kita sebagai seorang mukmin yang berjaya. Amalan ini perlulah dibaca, difahami dan terus diamalkan supaya apa sahaja yang kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya.

UNTUK IBADAH SAUDARA

Bersedia 30 minit sebelum masuk waktu solat, untuk solat berjemaah dan apabila saudara mendengar azan, bangunlah serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun, dan saudara hendaklah memupuk rasa cinta untuk bersolat.

Menjadikan Al-Quran sebagai zikir harian saudara sekurang-kurangnya 1 juzuk, berusahalah untuk khatam tidak melebihi tiga puluh hari dan tidak kurang daripada tiga puluh hari. Saudara juga hendaklah meneliti dan memahami maknanya kerana manfaat daripada al-Quran diperolehi dengan memahami maknanya.

Membaca ma‘thurat selepas solat subuh dan solat asar. Mengamalkan zikir-zikir yang ma‘thur daripada Rasul Allah (SAW) dan mengamalkan doa’ dalam setiap keadaan.

Berpuasa sekurang-kurangnya 3 kali sebulan, berusaha untuk solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat witir dan melatih diri saudara bangun berqiamullail, sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun hanya dua rakaat kerana ianya adalah merupakan sumber kekuatan perjuangan umat Islam.

Menyempurnakan semua ibadah yang difardhukan kepada saudara dan melatih diri saudara bersedekah hanya setidak-tidaknya 20 sen pada solat jumaat.

UNTUK AKHLAQ SAUDARA

Menjauhkan diri daripada tempat maksiat, tidak menyertai program yang menggalakkan pergaulan bebas.

Memperbaiki akhlaq saudara dengan memiliki perwatakan yang disenangi, sentiasa senyum dan memberikan salam, menjaga hati sahabat, dan tidak bercakap kuat daripada apa yang diperlukan oleh pendengar.

Menghindarkan diri daripada menonton video/vcd lucah, gambar-gambar maksiat dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.

Memakai pakaian yang selari dengan syariat serta menutup aurat, mengelakkan pakaian yang menarik perhatian, dan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.

Mengelakkan pergaulan bebas di tempat-tempat awam atau tempat yang sunyi, bermuamalat antara muslimin dan muslimat dengan perkara-perkara yang penting sahaja dan mestilah menghadirkan mahram bersama-sama.

Saudara mestilah mengelak daripada berbual kosong, sentiasa mencuri masa untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah, mengelakkan diri daripada berbahas dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Tetapi sifat serius itu hendaklah menghalang saudara daripada bergurau dalam perkara-perkara yang benar dan ketawa dengan sedikit senyum. Saudara juga mestilah melatih diri memberi perhatian ketika orang lain sedang bercakap.

Melakukan khidmat masyarakat, merasa bahagia apabila dapat memberikan sumbang kepada orang lain, menziarahi orang sakit, membantu orang susah dan suka melakukan kebajikan.

Mengelakkan daripada boros berbelanja, mengutamakan keperluan bukannya kehendak, mengamalkan sifat zuhud terhadap dunia dan mengelakkan daripada bermewah-mewah sehingga mengakibatkan riak dan takkabur.

Membuang perasaan riak buruk sangka, ujub, merasa diri lebih mulia daripada orang lain, dan cubalah saudara menepati janji, bercakap benar, dan menghindari daripada berkawan dengan orang-orang yang buruk akhlaqnya.

UNTUK JASMANI SAUDARA

Hendaklah saudara menampilkan diri sebagai seorang yang terurus, berpakaian kemas, memakai wangi-wangian.

Mengamalkan riadhah, berkayak, jogging, pergi ke gym, bersenam untuk kesihatan saudara dan belajar seni mempertahankan diri. Aqal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Saudara mestilah menjadi muslim yang kuat dan sihat.

Mengambil berat soal kebersihan dalam semua hal baik tempat tinggal, pakaian makanan, tubuh badan dan sentiasa menjaga kebersihan gigi. Sesungguhnya Islam dibina atas dasar kebersihan.

Meninggalkan amalan merokok, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, elakkan daripada kenyang ketika saudara hendak tidur dan bersifat warak terhadap perkara syubhat.

Hendaklah saudara tidur pada waktunya dan elakkan berjaga malam untuk pekara-perkara yang tidak berfaedah supaya saudara dapat bangun lebih awal untuk solat subuh berjemaah.

UNTUK AQAL SAUDARA

Memupuk semangat membaca. Saudara hendaklah memiliki koleksi buku-buku, keset pendidikan rohani, nasyid dan sumber ilmiyah yang lain, untuk kegunaan saudara dan diberi pinjam kepada orang lain.

Memperbanyakkan pengetahuan tentang maklumat semasa.
Cuba menghafal sebanyak mana ayat-ayat suci al-Quran dan hadith.

Berusaha menguasai bahasa-bahasa lain sebagai contoh bahasa Inggeris, Arab dan sebagainya untuk menjadi medan perantara da’wah yang amat berkesan.

UNTUK MASYARAKAT SAUDARA

Menghadiri ke majlis-majlis kemasyarakatan untuk mengeratkan silahturahim.

Berusaha berkenalan dengan ahli masyarakat saudara.

Mentaati pemimpin saudara.

UNTUK TEMPAT TINGGAL SAUDARA

Hindari dari maksiat.

Menghiasi tempat tinggal dengan ayat-ayat suci dan hadith-hadith.

Menjaga kebersihan tempat tinggal.

Sentiasa berpesan-pesan untuk kebaikan bersama ahli setempat.

UNTUK INSTITUSI SAUDARA

Berakhlaq mulia terhadap para pensyarah, pihak pentadbir, pekerja dan rakan sekulliyah saudara.

Jika saudara memegang jawatan dalam persatuan laksanakanlah amanah Allah itu dengan baik.

Bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu.

Siapkan tugasan tepat pada waktunya dan jangan meniru di dalam peperiksaan.

Memiliki jadual perancangan masa yang mantap dan mudah dituruti.

Cuba wujudkan biah Solehah (Susana yang baik) di Institusi saudara.


Dalam menjayakan usaha kita semua, diharap buku ini akan menerapkan nilai-nilai Islam dan kesuciannya, supaya matlamat kesucian hati ataupun jiwa (tazkiyyatun Nafs) atau Purification

On Human Soul dapat digarap dengan lebih berkesan. Oleh itu dengan anda membaca buku ini adalah diharapkan anda dapat memajukan Ummah, serta menjadi rahmat ke seluruh alam

Rahmatan Lil Alamin dan sekaligus dapat memperkasakan generasi baru berilmu dan mampu. Maka marilah sama-sama kita renungi hadis ini:

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari al-Harith Abdullah al-Hamdani dari Ali r.a. bahawa beliau berkata : saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Akan muncul suatu fitnah besar laksana malam yang gelap". Kata Saidina Ali ; "Aku pun bertanya, wahai Rasulullah, Bagaimanakah jalan keluar dari bencana itu?. Baginda menjawab, "Melalui kitab AllahTabaraka Wata'ala, di dalamnya terdapat perihal orang-orang sebelum kamu dan perihal orang-orang selepas kamu. Di dalamnya terdapat penyelesaian terhadap segala pertelingkahan di kalangan kamu. Al-Quran ialah pemutus dan bukan mainan. Sesiapa yang meninggalkan al-Quran kerana (hendak) bermaharajalela nescaya Allah S.W.T menjatuhkannya. Sesiapa yang mencari petunjuk dari (sumber) yang lain dari al-Quran pasti Allah S.W.T. akan menyesatkannya. Ia tali petunjuk Allah yang kukuh, cahayanya yang nyata, kata-kata yang bijaksana dan jalan (Allah) yang lurus. Dengan al-Quran hawa nafsu tidak akan sesat. Perkataan tidak akan kabur. Pendapat tidak akan bersimpang-siur. Tidak jemu para ulamak menelaahnya. Tidak puas-puas para Muttaqin membacanya. Tidak usang-usang walau kerapkali (dibaca) berulang-ulang. Khazanah hikmatnya tidak pernah habis. Siapa yang menguasai ilmunya pasti ke depan. Siapa yang berkata dengannya pasti benar. Siapa yang memerintah berdasarkannya pasti adil. Yang beramal dengannya akan diganjari. Yang mengajak orang ke arah (mengamalkannya) pasti terbimbing ke arah jalan yang lurus".

Renungan untuk kita semua, kebanyakan manusia baru berdoa kepada Tuhan apabila ia mendapat kesusahan atau ditimpa bencana.

Akan tetapi, apabila keadaanya senang atau mendapat nikmat, jangankan berdoa, malah dia sama sekali melupakan Tuhan, Disangkanya nikmat yang diperolehinya itu hasil keringat atau kecekapannya sendiri. Padahal, tanpa inayah (pertolongan) tuhan, dia tidak akan mendapat nikmat itu.

Sikap jiwa yang demikian hanya memandang dan mempergunakan doa itu sebagai tempat lari untuk memperoleh jalan keluar dari sesuatu kesulitan yang sedang dihadapi. Dengan demikian, dia meletakkan doa itu tidak pada fungsinya sebagai satu ibadah, yang harus dikerjakan dengan tertib dan bersambung, tanpa memandang waktu dan keadaan.

Seorang mukmin haruslah berdoa, baik di waktu susah mahupun di waktu senang. Malahan berdoa di waktu senang mempunyai hubungan pengaruh dengan doa yang dimohonkan di waktu susah. Di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dinyatakan:

"Barangsiapa yang ingin supaya dikabulkan Tuhan doanya diwaktu mendapat kesusahan hendaklah dia banyak berdoa di waktu lapang". SEKIAN…

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam membuat kebajikan.Serta berkatilah usia kami dan kategorikanlah kami
di dalam golongan orang Abrar, Amin!"

Monday, February 8, 2010

CINTA...

CINTA KEPADA ALLAH

Firman Allāh yang bermaksud :

"Orang-orang yang beriman itu sangat mencintai Allāh" (AI-Baqarah : 165).

Rasulullāh S .A.W bersabda :

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai Allāh dan Rasulnya melebihi daripada kecintaannya pada yang lain".

Untuk mencapai tingkat keimanan yang tinggi dan pengiktirafan dari Allāh tentang sah dan benarnya iman seseorang itu mestilah dia mencintai Allah dengan sepenuh hati.

Kerana Allāh...

1. Menciptakan kita...
Allāh memberi peluang kepada kita menikmati kehidupan di dunia ini.
2. Memberi hidayah...
Allāh memberi petunjuk kepada kita untuk menuju jalan yang benar.
3. Memberi kenikmatan hidup...
Allāh memberi kesenangan dan memberi rezeki.


BAGAIMANA MENCINTAI ALLAH

Anda perlu...

1. Mengikut penunjuk dari al-Qurān dan jalan hidup Rasulullāh S.A.W baik dari tutur kata ataupun perbuatan seperti sembahyang, puasa, bercakap benar, menolong orang dan lain-lain lagi.
2. Meninggalkan apa yang dilarang seperti berbohong, membazir, tidak sembahyang, tidak berpuasa dan lain-lain.
3. Mensyukuri nikmat yang diberi. Tidaklah dikatakan seseorang itu telah cinta kepada Allāh sedangkan dirinya masih gembira dan leka melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allāh melalui al-Qurān dan sunah Rasul.


CINTA KEPADA RASUL

Sabda Rasulullāh S.A.W bermaksud :

"Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara ini:
Mencintai nabi kamu, mencintai keluarganya dan selalu membaca al-Qurān."

Sebagai seorang Muslim, mestilah kita meyakini dengan sepenuh hati bahawa Allāh telah mewajibkan ke atas semua manusia supaya mencintai Allāh dan Rasul melebihi dari segala yang lain.

KENAPA PERLU MENCINTAI RASUL

Kerana Rasul...

1. Memberikan umat manusia tunjuk ajar ke arah pembentukan cara hidup Islām.
2. Membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna dan harmoni.

BAGAIMANA MENCINTAI RASUL

Anda Perlu...

1. Selalu mengingati Rasul dengan membaca selawat ke atasnya.
2. Mengikut sunnahnya iaitu cara hidup Rasulullāh seperti:

Cara Rasulullāh makan
Cara Rasulullāh tidur
Cara Rasulullāh berpakaian
Memberi salam ketika berjumpa
Merasa kasihan kepada yang kurang benasib baik.


CINTA KEPADA IBU BAPA

Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengan keizinan Allāh melalui perantaraan ibu dan ayahlah seseorang itu lahir ke dunia. Islam telah meletakkan kedudukkan yang tinggi keatas kedua ibu bapa dan memerintahkan setiap orang anak supaya menghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.

Firman Allāh S.W.T dalam surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud:

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuatlah baik kepada dua orang ibu bapa..."

Cara-cara tertentu menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa.

1. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keampunan untuk kedua ibu bapa.
2. Memberitahu ibu bapa rasa kasih sayang, belas kasihan, rasa hormat, rasa terhutang budi dengan pengorbanan mereka dan mencium tangan kedua ibu bapa setiap kali keluar rumah.
3. Kasih sayang dan penghargaan bakti dinyatakan melalui kiriman kad ucapan pada tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan kelahiran, mendapat kejayaan dan lain-lain.
4. Memberi hadiah kepada ibu bapa juga perlu dibiasakan kerana ianya satu cara untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.


ADAB DENGAN IBUBAPA

Anak merupakan harapan bagi ibubapa. Kerana itu jadilah ANAK YANG SOLEH. Ada beberapa nilai dan harapan ibubapa terhadap anak-anaknya:

1. Anak sebagai pemberi sentuhan cinta kasih
2. Anak sebagai penolong orang tua
3. Anak sebagai insan di hari tua
4. Anak sebagai pelanjut keturunan
5. Anak sebagai teman
6. Anak sebagai sumber rezeki

Jadilah anak yang bertaqwa, cemerlang, berilmu dan berhemat tinggi.

“Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu”


ADAB MENGHORMATI IBU BAPA

1. Selalu mengucapkan doa kepada ibubapa, baik ketika ia masih hidup mahupun setelah meninggal dunia.
2. Taat kepada ibu bapa dalam semua perkara, kecuali yang menderhakai ibu bapa kepada Allāh dan Rasul.
3. Bertutur dengan mereka dengan lemah tembut dan sopan santun.
4. Berdiri dan menyambut ibu bapa ketika masuk ke rumah.
5. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang.
6. Selalu memohon maaf kepadanya atas segala kesalahan kita.
7. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
8. Berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun.
9. Memuliakan keduanya.
10. Memberikan apa yang diminta oleh ibu bapa, apa lagi setelah mereka tua.
11. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati mereka.
12. Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka.
13. Tidak mengucapkan kata-kata yang kasar kepada ibu bapa seperti “AH” atau “CIS” dan sebagainya.
14. Tidak memotong perbualan mereka.
15. Tidak keluar daripada rumah, kecuali dengan izin keduanya.
16. Tidak tertawa terdekah-dekah di hadapan mereka.
17. Tidak menghina keduanya, jika mereka terlanjur melakukan kesalahan.
18. Duduk dengan sopan di hadapan kedua ibu bapa.
19. Menjawab / panggilan ibubapa dengan segera.
20. Ikut serta bersama-sama mereka dalam mengerjakan solat berjemaah.


CINTA KEPADA UMMAH

Ummah meliputi seluruh umat Islām tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan kedudukan.

Sabda Rasulullāh S.A.W

"Tidak sempurna keimanan seseorang kamu sebelum Aku dicintai, lebih dari mencintai ibubapa, anak dan seluruh umat manusia"

(Riwayat Bukhari)

KENAPA PERLU CINTA KEPADA UMMAH

1. Kerana manusia diciptakan sebagai insan yang saling bergantungan untuk mencapai matlamat.
2. Untuk megelakkan pertelingkahan antara umat Islām.
3. Untuk mengalakkan semangat bantu-menbantu bekerjasama antara umat Islām.


BAGAIMANA UNTUK MENCINTAI UMMAH:

1. Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan, seperti memberi derma, mengambil anak angkat dan sebagainya.
2. Menjadikan kecintaan sebagai satu kewajiban kepada setiap umat Islām.
3. Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.


CINTA KEPADA KECEMERLANGAN


Kita dilahirkan "cemerlang" dan kita layak mencapai kecemerlangan.

Sebagai seorang insan sebenarnya kita dilahirkan dalam bentuk yang amat sempurna. Kita dijadikan oleh Allāh sebagai sebaik-baik kejadian. Insan atau manusia adalah merupakan kemuncak ciptaan Allāh. Kita dilahirkan dengan darjat dan martabat yang paling mulia iaitu sebagai insan dan sebagai khalifah Allāh di muka bumi ini. Sebagai makhluk yang terbaik dan sebagai khalifah Allāh sememangnya manusia layak mencapai kecemerlangan di dalam hidup ini.


KENAPA PERLU CEMERLANG

1. Anda perlu cemerlang demi masa depan yang gemilang dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
2. Anda perlu cemerlang untuk menjadi umat yang disegani dan disanjungi oleh umat-umat dan bangsa-bangsa lain.
3. Anda perlu cemerlang sebagai seorang remaja untuk menjadi dewasa yang berjaya dan untuk mempastikan diri anda dihormati dan disegani oleh masyarakat.
4. Anda perlu cemerlang dalam akademik untuk menempah tiket ke universiti dan seterusnya menjamin kerjaya yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan.
5. Anda perlu cemerlang dalam segala bidang untuk menjamin kejayaan masa depan anda.


PRA-SYARAT KECEMERLANGAN

Kejayaan hidup sebagai seorang dewasa bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Seorang doktor, jurutera, peguam, penyelidik, saintis dan pengurus yang berjaya bermula dengan menjadi seorang kanak-kanak atau seorang pelajar yang berjaya. Oleh itu bibit-bibit kecemerlangan harus ditanam dan dipupuk dari usia muda lagi. Jika anda ingin mewarisi kecemerlangan, anda perlu menanamkan sifat-sifat yang akan membawa anda kemercu kejayaan dari sekarang lagi. Sekarang bukan masanya untuk anda berfoya-foya dan merugikan masa remaja dengan sia-sia. Sikap yang betul yang dapat membawa anda ke arah kecemerlangan harus dipupuk dengan segera. Manakala sikap buruk yang akan menghalang anda dari mencapai kecermelangan harus dibenteras dan dibuang dengan segera.

Saturday, February 6, 2010

RAHMAT BUAT ORANG BERPENGETAHUAN

Marilah kita sama-sama menghayati sedikit coretan semangat yang penulis fikirkan dapat dijadikan sebagai panduan untuk kita bersama-sama menjadikannya pemangkin dalam usaha menjana generasi baru berilmu dan mampu, daripada penulis untuk anda pembaca yang budiman sekelian.

"Tuntutlah Ilmu Dunia Seolah-Olah Untuk Kamu Hidup Seribu Tahun Dan Tuntutlah Ilmu Akhirat Seolah-Olah Untuk Kamu Mati Esok Hari"

Dengan ini, nyatalah kita disuruh menuntut ilmu pengetahuan dengan seluas-luasnya, bukan setakat tahu membaca dan menulis sahaja. Semakin banyak ilmu pengetahuan yang dituntut, semakin teranglah "Cahaya" kehidupan kita di masa hadapan. Dengan ilmu yang menebal di dada kita akan dipandang mulia bukan sahaja di sisi manusia malah Allah akan memuliakan kita dengan memayungi rahmat yang tidak terhingga banyaknya.

Walau apa keadaan sekalipun, ilmu yang meliputi diri dan jiwa akan menjadi pembimbing kearah kecemerlangan kita sebagai seorang yang mampu bersaing dengan individu-individu yang lain. Walau banyak mana sekalipun harta yang kita miliki, kita terpaksa menjaga harta berkenaan, daripada dicuri, dirosakkan atau dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walhal jika kita mempunyai ilmu yang banyak maka ilmu itulah yang bakal menjaga kita kearah kecemerlangan yang lebih menyeluruh.

Dalam zaman yang serba maju ini, negara kita memerlukan orang-orang yang terpelajar dan dengan sebab itulah banyak sekolah-sekolah, kolej-kolej dan universiti-universiti dibina untuk memenuhi keperluan rakyat yang dahagakan ilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang tinggi maka dapatlah kita berbakti kepada agama, bangsa dan negara kita. "The foundation of every state is the education of its youth" Kata-kata hikmat ini ialah sumbangan dari Diogenes dan maksudnya ialah "Asas bagi tiap-tiap negara ialah pelajaran belia-belianya", Sekiranya belia-belia di negara ini tidak mempunyai pelajaran yang secukupnya, sudah tentulah mereka tidak layak memegang jawatan-jawatan yang memerlukan kelulusan tinggi untuk memajukan sesebuah negara itu.

Ibu bapa pula meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan semoga anak-anak mereka dapat mengecapi hidup yang bahagia, sempurna dan mewah di masa hadapan. Mereka sedar betapa pentingnya pelajaran untuk menjamin kehidupan yang cemerlang bagi anak-anak mereka supaya apabila anak-anak ini dewasa kelak, mereka akan menjadi seorang yang berguna dan terpelajar. Segala kurniaan Allah, pemberian kerajaan dan pengorbanan ibu bapa untuk anak itu tidaklah mengharapkan sebarang balasan dari mereka. Semuanya ini adalah untuk anak itu sendiri. Maka dengan itu berusahalah supaya harapan yang diberi tidak dikecewakan.

Tuhan pasti mengkabulkan segala doa dan cita-cita anda yang baik asalkan anda, berusaha dengan tekun dan sabar. Dalam mencapai segala cita-cita itu, kita akan merasai kepahitan pada permulaannya. Namun pada penghujungnya ada kemanisan yang kekal menjadi ingatan untuk kita kenang selama-lamanya selagi hayat dikandung badan. Ingatlah kita ciptakan kejayaan kita sendiri tanpa mengenal penat dan rasa jemu, ini kerana kemanisan itu merupakan sejarah untuk kita tatapi di kemudian hari. Anggaplah kepahitan ini sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit. Mengapa kita tidak sanggup merasakan kepahitan untuk hidup berbahagia di masa hadapan. Fikir-fikirkanlah...

Seorang ahli falsafah Greek yang terkenal bernama Aristotle, beliau disanjung tinggi oleh bangsanya dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Sebelum beliau menjadi seorang yang terpelajar, beliau juga mengalami kepayahan dalam menuntut ilmu seperti apa yang dihadapi kita kini. Dalam falsafahnya yang berbunyi :

"The roots of education are bitter, but. the fruit is sweet"

Terjemahan dari kata-kata Aristotle di atas tadi bermaksud "Akar bagi pelajaran memang pahit, tetapi buahnya manis". Bukan anda seorang sahaja yang mengalami kesusahan semasa belajar, tetapi semua orang di dunia ini terpaksa mengalaminya kerana mendapatkan pelajaran bukanlah seperti membeli buah di pasar...TETAPI untuk menikmati kemanisan “Buah Pelajaran” kita terpaksa menanam pokoknya terlebih dahulu.

Pendapat yang sama telah disuarakan oleh pujangga Inggeris bernama John Milton:

"The right path of a virtuous and noble Education, laborous indeed at first ascent, but else so smooth, so green , so full of goodly prospect, and melodious sound on every side, that the harp of Orpheus was not more charming".

Maksud John Milton begini: "Jalan sebenar kearah pelajaran yang baik dan mulia, memang sukar untuk didaki pada mulanya tetapi kemudiannya sangat rata, sangat hijau, penuh dengan harapan baik, dan suara merdu di setiap penjuru, hinggakan muzik yang dipersembahkan oleh Orpheus tidak sebegitu mengasyikan".

Semua kata-kata hikmat yang bernilai itu patutlah dijadikan cermin hidup. Bangsa Melayu juga tidak ketinggalan menyumbangkan pantun yang tinggi nilainya.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Untuk merasai sesuatu yang bahagia itu seseorang perlulah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Inilah dinamakan asam garam kehidupan. Jika kita merasai manisnya dahulu maka kesusahan bakal diundang pada masa-masa mendatang. Justeru itu haruslah kita ingat bahawa, tanggungjawab kita di muka bumi ini adalah sebagai Khalifah yang mana untuk mentadbir alam kearah kesejahteraan yang hakiki. Jika kita berjaya dengan hasil usaha yang susah kita akan lebih menghargainya berbanding dengan kejayaan yang dizahirkan dengan sekelip mata sahaja tanpa bersusah payah. Hakikat ini mungkin terpaksa kita tempuhi jika kita hanya mahu merasai hanya keseronokkan sahaja berbanding kesusahan.

Wabillahil hidayah wat taufiq. Wassalamualaikum w.b.t.
BARAKALLAHUFIKUM


Yang dhaif,
Ikhlas dari saya.
Muhamad Fazil bin Haji Ahmad
(B.A. (Hons), M.A. Hsc. Communication UIAM)

Popular Posts