PENGALAMAN & KERJAYA

MUHAMAD FAZIL HJ. AHMAD

Idola: Nabi Muhammad S.A.W

E-mail: islah_project@yahoo.com

3 Ogos 1979

Temerloh, Pahang


Education Background:

Doctorate - PhD. Communication - Branding (UPM) - 2013

Master in Communication - M.A.HSc. (Comm. UIA) - 2006

Bachelor in Comparative Religion and Communication (hons.) (UIA) – 2003


Career Background:

Senior Lecturer DS51 Faculty of Applied Social Sciences - UniSZA

Ahli Jawatankuasa Projek FRGS B-F1 “Branding Index”

Manager Student Activities and Alumni Department.

Manager Graduate Affairs Department, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Tim. Dekan Pusat Bahasa Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Kordinator Fakultas Komunikasi, Universitas Islam Antarabangsa Jakarta

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Pensyarah Technology Park Malaysia College

Penasihat, Kelab Debat dan Komunikasi Kolej Islam Antarabangsa Malaysia

Penasihat, IIC Alumni Association

Pengarah Istiadat Convokesyen 2008-2010, IIC

Penceramah, Motivasi di Eastana Event & Consultancy

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Wilayah KL

Penceramah, Sesi Kesihatan Jemaah Haji Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Penceramah, "Program Empower", East Coast Economic Region (ECER)

Penceramah, Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia. ECER Hulu Terengganu

Pengacara Rancangan TV "Chef Halal" (2012)

Jurucakap Produk Kesihatan SayHeart Singapore (2011)

Jurucakap Produk KOFAZ (2009/2010) – All One

Ahli Kumpulan Nasyid All One

Calon bagi Anugerah Industri Muzik Ke-16 - All One

Calon bagi Anugerah Nasyeed.Com - All One


Research Projects:

(1) FRGS Project (BF1) (2010 – 2011) – “Developing a new branding index in corporate communication for an Asian country” (Research Assistant).

(2) Research (2009 -2012) – “Leveraging country's reputation and nation brand index in Bandar Melaka: Potential strategies for developing Malaysian’s city brand index”.

(3) Project (2010): “Measuring Determinant of City Brand for Institutionalizing Strategic Communication: A Study of Malacca City”.

(4) Ph.D Proposal Dissertation (2010): “Measuring Determinants of City Brand: Investigating the Antecedents of Perceived Brand Personality Scale in Bandar Melaka (Bandaraya Bersejarah)

(5) New Research Project (2013 - 2014) – “Identifying the Determinant Attributes of Halal Brands Index (HBI) that Influence the Corporate Marketing Communication (CMC) in Malaysian Market”.

(6) New Research Project (2014) – “The upcoming of innovation: Integrating Technology and Human personality”.


Conferences and Proceedings:

(1) Zakiah, M. Othman, I. & Ahmad, M.F. (2010). “Halal Business Corporate Social Responsibility”. International University Social Responsibility Conference & Exhibition - IUSRCE 2010, PWTC Kuala Lumpur, UTM Skudai, Johor, Malaysia.

(2) Ahmad, M.F. & Abdullah. Z (2011). “Measuring Determinants of City Brand: A Varification Approach in the Corporate Communication Perspective in Malacca City”. MENTION 2011, UKM Bangi. Selangor, Malaysia.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z., Ezhar Tamam & Jusang Bulong (2012). “City Brand: An Application of Brand Personality Scale to Bandar Melaka”. 21st AMIC Annual Conference 2012, Concorde Hotel, Shah Alam, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(4) Ahmad, M.F., (2013). “The Stakeholder Interpretation of City Brand Personality Determinant for Strategic Communication”. Seminar Hasil Peyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi 2013 - Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2 & 3 July 2013 at EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok, Kedah, Malaysia.

(5) Ahmad, M.F., (2013). “The Antecedents of Halal Brand Personality in Malaysian Takaful Industry: A Preliminary Review”. 1st Insurance and Takaful International Symposium. 7th - 8th October 2013 at Puri Pujangga UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

(6) Ahmad, M.F., (2013). “CSR implementation in Islamic Philanthropy: A Preliminary Review of Halal Brand Personality Concept in Malaysian Takaful Industry”. World Universities Islamic Philanthropy Conference 2013. 4th – 5th December 2013 at Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia.

(7) Ahmad, M.F., (2013). “The Issues of Future Innovation: Integrating Technology and Human Personality for Reputation Management”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(8) Ahmad, M.F., (2013). “The Role of Halal Brand Personality Determinant in Malaysian Takaful Industry”. 2nd International Management Conference 2013 IMaC'2013. 14th – 15th December 2013 at Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, UniSZA Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

(9) Ahmad, M.F., (2013). Halalan Taiyyban: The Application of Brand Personality in Malaysian Food Industry”. International Conference on Halal Global 2013. 15th – 16th December 2013 at Perdana Hotel, Kota Bharu Kelantan, UiTM Machang, Kelantan, Malaysia.


Publications:

(1) Ahmad, M.F. (2006). Communication Technology and Organizational Performance: An Analysis of The IIUM Community’s Web Sites Usage and Perceptions. Research in Master Thesis IIUM Library. IIUM.

(2) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Determinant Attributes of City Brand Personality That Influence Strategic Communication. Canadian Social Science. Canadian Academy of Oriental and Occidental Culture. Vol. 9 No.2.

(3) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). An Application of Brand Personality to City Brand for Strategic Communication. International Journal of Social Science Tomorrow. Society for Promoting International. Vol. 2 No.5.

(4) Ahmad, M.F., Abdullah. Z, Tamam. E & Bolong. J., (2013). Involving Internal Stakeholders in Developing City Brand Personality for Strategic Communication. Asian Social Science. Vol. 9 No.10.


Editorial Board Members:

(1) Editorial Board Members for the Journal of Basic and Applied Scientific Research – [ISI-Thomson] (13th November 2013), International Society Applied Sciences, Cairo, Egypt & United States of America (USA). - Global Impact Factor = 0.432


Invitation to Paper Review:

(1) Reviewer for the Journal of Place Management and Development – [Emerald insight Journal] (10th September 2013), Institute of Place Management, 1 Queen Anne's Gate, Westminster, London.


My Inspiration:

“The comprehensive excellence achievement is balancing of our life journey”

-Fazil, 2009-


“The requirement of comprehensive excellence achieved is balancing of our life journey” -Fazil, 2009-

TEACHING SPECIALIZATION:

1) Public Relations

2) Corporate Communication

3) Advertising

4) Branding & Reputation

5) Crisis Communication

6) Public Opinion & Propaganda

7) Islamic Studies

8) Moral Studies

9) English Language



Convo UIA'08

Sunday, May 16, 2010

Alternatif tempatan kepada Facebook untuk berkomunikasi


PUTRAJAYA: Portal sembang sosial baru bagi rakyat negara ini, Myfriends2u.com yang dilancarkan semalam mampu menjadi alternatif kepada orang ramai, khususnya belia tempatan untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat terkini seperti dilakukan menerusi Facebook atau Twitter. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau yakin Myfriends2u yang dihasilkan syarikat tempatan, Nextpert Sdn Bhd itu akan mendapat sambutan kerana berwajah Malaysia, mesra pengguna dan memenuhi cita rasa generasi muda. Katanya, pelancaran portal ini menepati trend belia di Malaysia yang menjadikan kegiatan melayari Facebook dan Twitter sebagai hobi masa lapang.

“Golongan muda terutama ahli Gerakan Belia 4B perlu menggunakan sepenuhnya portal laman sosial Myfriends2u untuk mendaftarkan keahlian baru, menyebarkan idea dan maklumat terkini mengenai kegiatan mereka kepada rakyat di negara ini.

“Myfriends2u bukan saja menjadi alternatif kepada pengguna Facebook dan Twitter, malah lebih sesuai untuk kita kerana memaparkan wajah sebenar Malaysia," katanya ketika berucap melancarkan portal Myfriends2u sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini, semalam.

Pada majlis berasingan, Ahmad Shabery, berkata lebih 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2010 selama tiga hari yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang ingin mengunjungi karnival Hari Belia Negara 2010 datang awal dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui hebahan di radio bagi memudahkan perjalanan ke tapak karnival berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga menyediakan kemudahan kerusi roda untuk pengunjung warga emas.

Credit To : Berita Harian

Wednesday, May 5, 2010

TAULADAN

Pada satu masa dahulu terdapat sebuah kisah yang benar-benar berlaku di salah sebuah negara di tanah Arab mengenai seorang pemuda yang datang untuk berguru di suatu tempat perguruan yang begitu jauh dan terkenal. Kisah ini adalah mengenai seorang anak muda yang telah mengembara dan berjalan selama berbulan-bulan lamanya semata-semata untuk menemui seorang guru untuk menuntut ilmu. Maka setelah sekian lama berjalan dengan menempuh berbagai dugaan dan bahaya akhirnya sampailah beliau kesebuah negeri yang dimaksudkan yang terletak di semenanjung Tanah Arab itu.

Setelah sampai di rumah guru tersebut dan setelah memberi salam serta memperkenalkan dirinya maka dia pun dijemput masuk. Guru tersebut menjemput beliau duduk sambil merehatkan badan, sementara itu guru tersebut telah masuk ke dapur dan mengambil minuman yang terkenal di tanah Arab iaitu sejenis teh yang diperbuat daripada herba. Guru tersebut memberikan sebiji cawan yang diperbuat daripada tanah kepadanya. Sambil memegang cawan tersebut dia telah ditanya dengan beberapa soalan, apakah tujuan dia datang kesini. Guru tersebut pun menuangkan air teh tersebut ke dalam cawan yang sedang dipegang oleh pemuda itu.

Tiba-tiba pemuda itu menjerit terperanjat sambil berkata: “cukup... cukup... cawan saya sudah penuh, air sudah melimpah!”. Guru tersebut terus juga menuang air sehingga habis. Apabila air sudah habis guru tersebut lantas berkata : "Nak! adakah kamu rasa kamu sudah mempunyai ilmu yang banyak apabila datang kemari? Janganlah menjadi seperti cawan ini yang sudah penuh dan melimpah airnya. Banyak lagi yang mesti dipelajari kerana semakin banyak yang kita tahu semakin kurang rasanya ilmu yang dimiliki”.

Jangan sekali-kali merasakan diri kita sudah cukup berilmu sedangkan banyak lagi yang perlu dipelajari di dalam hidup. Oleh itu sentiasalah merendah diri dan mengosongkan fikiran untuk mempelajari perkara baru. Hidup tidak boleh berhenti daripada belajar, proses belajar sebenarnya bermula sejak dari dalam rahim lagi sehinggalah sampai ke liang lahad. Hidup dan masa depan adalah dibentuk oleh fikiran masa kini, apa yang anda fikir itulah diri anda. Jika anda fikir anda malu, malas, takut, leceh, dan sebagainya maka tidak hairanlah anda akan jadi seperti itu malah semua yang yang datang dirasakan sukar. Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita. Apa yang kita semai hari ini, kita akan menuainya kelak.

Jika kita menyemai benih kejayaan dan benih kekayaan sudah pasti kita akan menuai hasilnya kelak seperti yang kita inginkan. Sebelum itu anda juga mestilah menjaga benih yang disemai dengan menyiramkan air dan juga memberi baja. Jika anda menyemai benih dan tidak diberi perhatian dan penjagaan teliti, tidak mungkin anda akan dapat menuai hasil yang baik, malah silap hari bulan benih yang disemai langsung tidak tumbuh. Apa yang boleh dipelajari dari cerita diatas ialah, jika anda menyemai benih kejayaan, anda mestilah menjaganya dengan melaksanakan semua hukum kejayaan seperti mencari ilmu pengetahuan dan menggunakan masa dengan betul dan bijak, jujur dan ikhlas, sabar dan tekun tetapi berusaha gigih dan tidak mudah berputus asa.

Jika gagal, sanggup meneliti punca kegagalan dan berusaha sekali lagi. InsyaAllah kejayaan akan mendapatkan anda. Wang juga hanya menyukai orang-orang mempunyai sifat seperti di atas. Dari cerita di atas maka bolehlah kita mengambil iktibar bahawa sesungguhnya kita tidak boleh mengaku pandai dan sentiasa bersedia untuk belajar setiap hari daripada orang lain kerana pelajaran daripada orang lain yang berjaya adalah lebih baik daripada belajar di universiti tanpa amali. Belajar daripada orang yang berjaya sebenarnya telah dapat menjimatkan bukan sahaja tenaga dan masa tetapi ia lebih menjimatkan wang.

Contohnya anda boleh belajar dengan membaca buku kisah kejayaan seorang usahawan. Hanya dengan modal beberapa puluh ringgit sahaja anda sudah boleh MEMBELI PENGALAMAN usahawan tersebut yang mana jika anda perlu mengunakan wang untuk mengalami sendiri semua rintangan dan kesusahan berapa banyakkah wang yang sanggup anda belanjakan? Anda dapat menghindari segala kesilapan yang dilakukan dan dilalui oleh usahawan tersebut dan anda hanya perlu melaksanakan apa yang disarankan.

Adakah anda akan rugi mempelajari prinsip kejayaan dan membayar sedikit wang untuk mendapatkan pengalaman orang-orang yang berjaya ? Jika anda merasa rugi membayar sedikit wang untuk mendapatkan prinsip kejayaan lebih baik anda jangan menyimpan cita-cita dan impian untuk hidup senang kerana kesenangan tidak boleh dijual beli. Anda tidak akan mendapat kesenangan yang datang bergolek terus keriba anda. Tetapi ramai orang yang telah menjadi seperti cawan atau gelas yang penuh. Apabila tamat BELAJAR di sekolah atau universiti sahaja mereka rasakan ianya sudah cukup bagi diri mereka dan malas untuk belajar benda-benda yang baru dengan lain perkataan mereka telah meletakkan had batasan hidupnya. Mereka menciptakan siling di atas kepala mereka sebagai halangan.

Popular Posts